Stalkers. Bhahaha

Friday, December 7, 2012

Saat Terbuka Segala Hikmah (post ni serius panjang) (sebab entahlah lama dah tak tulis panjang-panjang macam ni)

dah aku taktahu motif gambar ni, tapi ya, aku seronok bila beli buku dan tak sabar nak baca semua
Pergh. Tajuk nak kencang selalu. Nak steal the limelight lah sangat. Tapi hampeh, siapa ja nak baca blog aku ni, bajet macam trafik jam ja. Troll face.

Lately, my post are mostly about feelings right? Yeap, aku sedar. Dan sedar tak sedar dah nak masuk bulan keempat aku di perantauan. Ceh, perantauan lah sangat. Naik pesawat tak sempat nak hangat tempat duduk, dah sampai ke airport Polonia dah pun. 

Ayat nak canggih ja aku. Tapi ya, kalau tak canggih mesti hambar ja post aku di sini. Hmm apa nak cakap sebenarnya ni (selawat). Haa. Aha. Bercakap pasal suasana dan biah, aku akui kat sini memang lain dan berbeza sangat. Dan dalam aku dok lalui hidup kat sini, sebenarnya banyak hikmah yang aku dapat setelah aku amati dari hari ke hari. Aku nak share kat sini pun mungkin macam banyak tapi takpalah aku share gak.

Okay, aku tak pernah pun terfikir utk belajar overseas masa kat matrik dulu. Masa kat sekolah dulu ya, aku pernah bercita-cita nak jadi pakar bahasa Arab, nak belajar di Morocco, jadi macam Dr. Rosli, mantan PK HEM Al-Irshad dahulu, dan pulang sebagai orang yang berjaya dalam bidang bahasa Arab, bila cakap, cair macam air mengalir kat waterfall, ewahh.

Tapi lepas beberapa fasa, especially lepas dapat result SPM, aku tak dapat Asasi UIAM pun padahal aku mintak kos bahasa Arab sebagai antara yang utama gak ah. I was like, "I am determined to do this. This is what I want!". Tengok-tengok, BAM, tak dapat. Malu dengan sendiri tahap 99. Aku tak dapat mana-mana asasi, dan memang aku nak cakap kat orang time tu memang memalukan kaum. Apa yang aku dapat, matrikulasi. 

Sudahlah aku perlu optimis dengan keputusan SPM, pada waktu itu, aku sekali lagi perlu optimis dengan keputusan itu; tak dapat mana-mana asasi. Dan ketika itu semacam aku perlu rearrange balik apa matlamat hidup aku balik. Aku tak kisah lah ada orang nak tergelak dengan result aku atau nak terkejut ke apa ka, tapi ini realiti, tak semestinya apa yang kita usahakan, dan apa yang kita mahukan, kita akan dapat.

Dan ya, pada waktu tu jugak, ada jugak (berapa kali jugak ni? haha) aku apply Al-Azhar bukan under scholarship lah kan, kalau scholarship aku tak perlu risau, aku mungkin sekarang berada di bumi Anbiya. Tapi seriously, betapa cantiknya Allah susun cara hidup aku sampai sekarang, aku wajib bersyukur walaupun ada ja ups & downs. Tapi tu semua sebenarnya nak mengajar kita erti kehidupan.

Bila fikir balik, aku pun tak tahu macam mana aku boleh end up hidup kat negeri jiran. Masa kat matrik awal tahun hari tu, memang aku target nak ambil engineering, dah bagi aku, nak ambik medic tu macam jauh sangat nak gapai. Dah la otak ni jenis lambat nak figure out and diagnosis ayat-ayat saintifik ( walaupun pada hakikatnya aku minat sains biologi), dan kat matrik, minat aku terhadap Chemistry terbina, serius, dulu kat sekolah aku paling anti dengan kimia. Masuk kelas tu rasa macam nak flip ja benda apa yang di depan mata. Padan muka dengan aku, malas sangat, nak berangan oversea dan dapat scholarship lepas SPM memang tk dapat. Tapi aku wajib bersyukur sebab aku still dapat peluang segini. Alhamdulillah.

Ya, masa kat matrik, aku dah macam determined yang aku nak go on dengan engineering sebab masa tu, yang tu lah yang aku rasa aku boleh pi. Doktor atau doktor gigi apatah lagi lah kan. Mimpi ke laut la kot. Aku punya niat nak jadi engineering tu tahap dia sampai semua orang dah tahu kot muka aku ni muka polimer engineering. Sebab apa, sebab asal ada promosi atau pun semacam karnival Jom Masuk U, muka aku ni memang ada kat bahagian engineering. Aku pun tak tahu kenapa, aku memang bersungguh (muka poyo) nak masuk engineering. Tambah-tambah kalau dalam kelas kimia, aku paling bersemangat ah nak siapkan segala tutorial.

Dan, alhamdulillah, bila isi UPU, aku memang mintak bahagian polimer engineering dan alhamdulillah aku dapat. Memang melonjak benar hati aku sampai ke langit entah la literally nak cakap sampai langit ke berapa. Tapi aku memang gembira sebab dah lama aku tak rasa macam ni. Rasa macam, aku dapat yang aku nak. Ya lah kan, keputusan SPM aku perlu optimis, dan juga ada lagi lah beberapa keputusan yang aku perlu optimis. Nah, bila aku dapat keputusan UPU dan aku dapat engineering, seriously aku memang gembira sangat.

Jadi, sebab tu lah aku tak tahu macam mana aku dapat end up boleh ada kat sini. Hmm. Result Matrik aku ni hanya melayakkan aku untuk proceed ke engineering and aku pada saat itu memang nak go on dengan jalan engineering dah. But suddenly, ibu aku tanya betul ke? Ibu aku bukan pessimist atau nak judgmental but she was trying to be rational. Biar betul aku nak proceed dengan engineering?

"Betul ni Tasha? Boleh ibu tahu apa polimer engineer buat dan macam mana skop pekerjaan nanti?"

Aku akui soalan itu agak mengguris. Aku seringkali tenangkan hati aku dengan yakinkan diri aku bahawa rezeki tu ada di mana-mana sahaja. Andai kata Allah nak bagi kita pada jalan ini, maka akan terjadilah, yang pastinya, kita sendiri kena yakin. Tu ja kunci dia. Memang agak relatif kan? Tapi hakikatnya macam tu lah.

So nak cakap macam mana. Aku try to explain ke ibu aku macam mana skop pekerjaaan polimer engineeer ni sambil- sambil tu aku berdoa kepada Allah agar ibu aku dapat terima keputusan aku. Abah aku pulak, okay ja.

Entah lah, pada masa yang sama, aku pun cuba duduk sejenak apa sebenarnya yang aku nak. Aku dahulunya pernah bercita-cita nak jadi doktor (itu main ambition aku ah) . Doktor gigi adalah kedua. Aku pernah suarakan pada ibu aku yang aku nak jadi doktor macam mana yadda yadda especially masa aku form 3. Siap tukar nama Friendster jadi Dr. Nampak benar kesungguhan aku ye dak. Dan cita-cita aku menjadi doktor ni menjadi makin malap lepas beberapa rentetan yang berlaku ketika aku di tingkatan atas dan juga di matrik. Memang aku rasa putus asa dan macam tak da jalan lagi dah untuk aku capai cita2 doktor ni. So yeah..

Tapi entah, macam tiba-tiba ada jalan terbuka. Suatu hari, ibu aku suarakan isi hatinya, salah satunya:-

"Tasha. Jalan nak capai cita-cita tu ada banyak. Mungkin selalunya orang lain akan dapat jalan yang selalu orang guna. Dan tasha, Allah bagi peluang kat Tasha untuk rasa jalan yang orang jarang guna. Jalan nak capai cita-cita tak semestinya dengan satu cara. Mungkin kita tak boleh dengan jalan ini, kita guna jalan lain."

Zaaap. Waktu aku dapat rasa dah. Aku faham apa yang dimaksudkan ibu aku. Aku boleh pergi belajar medic atau dental dengan guna dana ibu dan abah. Anak mana yang tak rasa bersalah bila bercakap soal dana ibu abah. Kita ni dah lah asyik berjimba tak ketahuan, dah tu belajar main-main, ni ibu dan abah nak hantarkan kita under private. Aku macam ehmageeerddd.

Dalam perjalanan aku nak sampai aku daftar secara rasmi sebagai siswi USU, memang banyak benar perkara yang berlaku. Aku masuk sini bukannya pakai result matrik fully. Kalau kata result matrik, macam aku cakap awal-awal tadi, result orang engineer okay. Okay. Bunyi macam dahsyat, tapi memang pun. Cee. So, before nak datang sini memang banyak betul exam aku kena hadapi. Pertama, exam untuk top up pointer aku kat matrik. Second, exam entrance ke USU (bunyi macam gempak gila hang) (tapi  kalau masuk sini, apa kejadah la U ni nak entrance exam bagai) Haha okay.

Dan berlakulah fasa hidup aku di mana aku perlu belajar balik segala semua benda masa dulu aku kat matrik ketika semua orang sedag berseronokan tak buat apa. Aku serius kena bertungkus lumus kena belajar balik nak top my pointer up. Memang aku rasa nak nangis (memang dah nangis dah pun)

So yeah, aku berjaya went through  both exams. Aku sampai gak sini. Sampai gak hajat ibu dan abah aku nak melihat aku menjadi siswi kedokteran gigi. Memang mungkin barangkali ini bukan pilihan utama hati aku, tapi memuaskan hati dan beri prioriti kepada ibu & abah itu sebenaranya adalah lebih memuaskan. Aku ni macam mana nak cakap ah, aku ni jenis aku boleh belajar apa sahaja agaknya, Aku minat ja bahagian kedokteran, dan pada masa yang sama aku boleh jugak nak belajar bahasa bidang bahasa kalau aku tercampak kat situ.

Pokoknya, aku insha Allah, boleh hadapi apa yang akan kuhadapi kat dunia kedokteran gigi dan dunia perantauan sini. Memang berbeza dan mencabar tapi itulah, doa dan usaha. Doa dan doa dari ibu abah dan lain-lain, mungkin aku akan jadi kuat. Yeah yeah yeah.

Pokoknya #2, selagi kita serahkan seluruh kepercayaan kita kepada Allah, Allah akan aturkan hidup kita dengan baiknya, tanpa kitas sedari, mungkin benda tu tak terfikir dan terlintas langsung dek fikiran, tetiba terjadi. Wallahua'lam. Sebab belakangan ini, aku semacam banyak sangat benda terlintas di fikiran ini contoh result exam  aku kat sini apa nak jadi pun tahu lah. Sebab kat sini lain sangat cara ( mungkin nanti ah aku cerita). Apa yang aku mampu buat, aku serahkan segalanya kepada Dia, aku usaha yang lain biar Dia tentukan. Que sera sera.

Till then, broadband aku nak tamat tempoh. Esok baru nak perpanjangi. Salam alaik.





7 SAY WHAT!?:

Puteri Hanna :) said...

post ni ""zaaaaappp!"" me hahaha sebab skrg ni (tingkatan 3) tengah berangan nak jadi doc.

As-Sakinah © said...

Eh. Hehe. Kalau benar itu cita-citamu, maka berusahalah ke arah itu. Akak dulu pening-pening dan tak ketahuan masa upper form nak jadi apa.

Iza sadaqa amal, fawadhaha sabil (: Insha ALLAH

Moga Allah permudahkan urusan adik dalam mencapai cita-cita (:

hajrun said...

Alhamdulillah jika kamu punya fikiran positif sebegitu maka iAllah di ceruk dunia mana pun Allah mencampakkanmu, di lapangan apa sekalipun kamu terjebak iAllah dgn izinNya kamu mampu utk survive =) Semoga Allah pandang niat murnimu mendahulukan kemahuan ibu bapamu. Barakillah! Apapun in whatever u do, do enjoy every minute, every second yg kamu lalui =) Tak semua org dapat rasa pengalaman yg kamu ada =) Enjoy!

Qasrus Syuhada said...

salam 'alaik,ukht.. Suka baca semua post dalam blog akak tapi kalau boleh buatlah / perbanyakkan post full english version..Ana tengah nak improve english n_n

Maziah Ghuraba said...

really inspired me!! @_@..teringin nk crita kmi pnya future planning kt kak tasha, mungkin kak tasha bleh tlg bgi pndgn or saranan kan..honestly, result spm kmi nnti, x boleh nk bygkan dpt berapa walaupun dlm hati mmg berharap 9A ke atas...huhu

Addin Aisyah said...

Salam, tasya.. :) rupa2nya tak semua benda yang kita nak , kita akan dapat kan,, semuanya berubah mengikut keadaan... kamu memang awesome, you could handle this situation wisely.. :) Moga terus kuat berada di USU k, buktikan yang terbaik.. Fighting ! ^^ -UmmU-

Addin Aisyah said...
This comment has been removed by the author.