
Salamullahialaikum. Syukur buat Illahi, Tuhan yang Maha Pemberi Rahmat.
Rehat sekejap dari keletihan berhempas pulas dengan Microsoft Words bagi menghabiskan tugasan folio yang bertimbun-timbun.
Dalam kesempatan sibuk-menyibuk sempat juga ana menghabiskan novel pinjaman Amal Madihah( besties yang byk bersabaq ngn ana) :D
' Mengintai Cinta Khalifah'. Tertekun ana melihat kulit novel ini saat kali pertama Amal menunjukkan novel ini ke hadapan mata ini.
Terus tertawan dan meminta untuk meminjamnya daripada Amal walau ketika itu sedang hadapi hustle bustle life. *Aduh..
Berbaloi dan sangatlah tidak rugi jika antum memilik novel ini dan menghayati tulisan A. Ubaidillah Alias ini.
Cerita yang merungkai keadaan cinta remaja pada hari ini yang songsang. Cinta yang membawa masalah, cinta ke arah durjana, cinta punca segala maksiat dan cinta peragut maruah seorang insan suci.
Takrif cinta yang disebut dapat dirungkai dengan sempurna oleh A. Ubaidillah melalui watak Imran yang merupakan seorang pelajar Maahad Muhammadi, kelantan. Seperti remaja lelaki lain, ingin mencintai dan dicintai lalu menghubungkan dirinya dengan seorang pelajar perempuan sebayanya dari MRSM Jeli pada saat pertama kali mereka bertemu di atas bas.
Sifat geram ana mulai timbul kepada si Imran. Dia mengetahui bahawa cinta secara itu salah di sisi agama seperti diajar oleh ustaz2 di Maahad pengajiannya. Namun begitu, diabaikan semua itu kerana tiada penghayatan Cinta Khalifah Sebenar dalam dirinya. Dengar sahaja ayat "Jangan kau mendekati zina" tetapi buat tuli dan pekak
Memang perkara inilah yang sedang berlaku dalam remaja hari ini. Berpacaran sesama lelaki dan perempuan. Kerana dalam diri mereka tiada fahaman dan pendedahan cinta sebenar yang diajar oleh Islam.
Kelakuan Imran makin teruk dari hari ke hari setelah 'berkahwin' dengan pasangan hatinya. Sehinggalah dirinya tertangkap oleh sepupunya, seorang ustaz di KB Mall dalam keadaan berpegangan tangan.
Apa yang menarik hati ana dalam novel ini? Dan pertama kali ana tahu, GAYA cinta yang sekarang remaja kita senang mabuk dan kemaruk adalah suntikan JARUM YAHUDI durjana dalam gerakan freemason.
Imran yang sedang mabuk cinta cuba mengeluarkan dirinya dari erti cinta yang SALAH dan SESAT, mendengar kata sepupunya dan sedar bahawa peranan sebenarnya sebagai makhluk ciptaan ALLAH iaitu KHALIFAH di bumi ini.
Setelah mendapat keputusan yang membenarkannya untuk melanjutkan pengajiannya sebagai khalifah ke Universiti Al-AZhar, Mesir, dia telah berubah sebenar-benar berubah ke arah insan yang mengerti cinta khalifah ALLAH.
Tidak salah untuk bercinta, tepai yang salah ialah bercinta tanpa ada tujuan nikah. Dalam kata cinta monyet remaja hari ini hanya sekada hendak memuaskan nafus, bukan sebagai satu aset untuk menambah nilai sayang kita kepada ALLAH.
Istilah cinta mesti kapel ialah takrif buatan YAHUDI durajana, penyesat fikiran Umat Muhammad SAW.
Inilah yang ingin diperjuangkan oleh Imran. Dalam hambatan tanggungjawabnya sebagai khalifah ALLAH, datang satu ujian, Nanda Grace seorang wanita yang bukan Islam.
Datangnya bukan sebarang datang. Nanda merupakan ahli Illuminati dan Freemason yang dihantar oleh Universiti Melbourne untuk kajian faktor masyarakat ASIA dan ISLAM rosak akhlak.
Nanda cuba mendekati Imran agar dia bisa untuk menyongsangkan pemikiran Imran. tetapi dalihan ilmiah dan islamiah Imran telah mematahkan perjuangan dakyah Nanda dan akhirnya dia menghilangkanm dirinya dan telah menjadi seorang muallaf.
Terpegun juga ana membaca cara Imran berdebat dengan Nanda mengenai sosial remaja dan apa yang dibuat oleh Freemason untuk memhempas segala peradaban orang ISLAM. Dengan cara merosakkan fikiran remaja hari ini, itulah kejayaaan SEBENAR freemason kata Nanda.
Terbuktilah, memang terbukti ini yang berlaku dalam dunia hari ini.
Mungkin antum tidak tahu Freemason dan Illuminati, InsyaALLAH ana akan rungkai dalam entri sterusnya.
Hayatilah cinta KHALIFAH sebenar bukan cinta PALSU buatan yahudi!
wa ilalliqa' salam.
4 SAY WHAT!?:
pedulikan je.
ana pon org ckp nmpk tua.
plus badan besar lagi. kah3.
tp ana buat xpedulik je la~~
we have our principles, kan ? :)
@ sakinah :
maybe leh komen sikit lps baca tulisan ini?
salam adikku, akak akan cuba cari novel tue..syukron for the very interesting entry! teori x sama dgn praktikal..once we involve in dat situation br lah kita thu setakat mn kuat @ lemahnya iman kita..so be prepared eh!
Kak Sizash: Allah.. Tengah random check comment blog saya ni, tetiba nampak komen kak yang ni. Allahu Allah, betul apa yang kak cakap. Sangat betul. Being there, doing that. Huhu
Post a Comment