Kita mulakan dengan basmallah.
Bersyukur kepada Allah atas nikmatNya dan rahmatNya, kita masih dapat bernafas.
Menghirup setiap molekul gas O2 walaupun adakalanya kita terlupa bahawa Allah yang Maha Pemurah memberikan ia kepada kita.
Sungguhpun begitu, Allah tetap membenarkan kita bernafas lagi
Ayuh, kita mulakan.
Pertamanya, ana ingin menyingkap semula. Apakah objektif sebenarnya ana buat blog ini?
Sudah semestinya untuk ana jadikan ia sebagai satu saluran isi hati ana.
Ya! Satu saluran untuk menyatakan apa hasrat ana yang BESAR dan SEBENARNYA untuk Malaysia dan ISLAM sebagai seorang remaja.
Sudah tentu anda selalu mendengar kata-kata daripada Saidina Ali Karamallahuwajhah.
Jika anda hendak lihat jatuh bangunnya sebuah negara, lihat remaja yang ada pada hari ini.
Seperti dalam teks pidato Nur Adilla(ciknura kita) juga ada.;)
Tetapi berapa ramaikah yang memahami isi yang tersirat di dalam ayat tersebut.?
Inilah yang ingin ana katakan. Pemimpin kita pada hari ini yang memimpin Malaysia sekarang asyik kemaruk dengan dunia politik mereka.
Hang kutuk aku, aku kutuk kat hang. Dah tahu kebenaran tapi sangkal kerana malu (nanti habislah rumah 4omilion aku, jawatan 'haram' parti, duit suap dan bla2)
Serupa dan sebiji macam zaman Jahiliyiah dahulu. Kita memang sudah acap kali membaca sirah Rasulullah.
Tetapi berapa ramaikah yang mengerti? Kata2 George Santayana: "Sesiapa yang melupai sejarah, ia akan mengulanginya"
Kata ahli falsafah ini diletakkan dalam buke teks Sejarah KBSM oleh pihak KPM. Tetapi adakah pihak KERAJAAN sendiri menitikberatkan nilai "mementingkan sejarah" dalam diri mereka?
Zaman Jahiliyiah Arab dahulu, Abu Jahal tahu Rasulullah SAW merupakan seorang Al-Amin. Mereka pun sudah tahu bahawa ajaran Islam itu agama yang BENAR.
Tetapi mereka menyangkal habis-habisan kerana mereka tidak mahu jawatan mereka terjejas. begitu juga dengan perdagangan mereka yang menguntungkan.
Pemimpin kita pada saat ini yang memerintah Malaysia pun apa kurangnya. Tidak tahu hendak mempelajari nilai sejarah.
Masalah remaja tidak dipedulikan. Kalau diatasi pun, bukan secara holistik.
Ana bercakap daripada pihak remaja ISLAM yang rindukan kepimpinan Islam.
Masalahnya, apabila sesebuah kepimpinan Islam hendak meletakkan Islam sebagai panduan dalam undang2, pihak KERAJAAN Malaysia, mula cari publisiti untuk jatuhkan kepimpinan itu?
Mengapa? Macam ana cakap tadi di atas.. Tidak mahu kepentingan mereka terjejas. Supaya mereka boleh makan dan hidup.
tapi yang gagal untuk menikmati ialah RAKYAT2 yang duduk berteduh di bawah payung MALAYSIA
terpaksa melawan arus. Ya! Memang benar kita kena patuh pempimpin kita.
Tetapi cuba anda bayangkan kalau kita disuruh untuk makan muntah kita kembali. ANDA MAHU? Sudah tentu kita TAK MAHU., kan?
Sudah itu, apabila kebenaran ISLAM yang tersedia ada tidak dapat diterima oleh puak tersebut maka dicanang perkara lain untuk mengaburi minda rakyat.
ISLAM HADHARI, 1MALAYSIA.
Padahal terdapat perkara lain yang PERLU lagi dipentingkan. masalah samseng REMPIT, khalwat, maksiat sana-sini!
Dunia maju apa macam ini? Maju dari segi lahiriah tapi tandus dari segi rohani.
Tetapi apa pula kaitan video ana di atas dengan entri kali ini.
YA, Point Kedua ana. Lihatlah Daniel dalam video itu. Dia bukan BORN AS A MUSLIM. tapi, dia lebih ALIM drpd kita yang BORN as A MUSLIM.
Ta'kur kembali di mana kita.
Ketiga, pemikiran songsang remaja. Disebabkan KERAJAAN kini kemaruk dengan dunia politik mereka, remaja ISLAM yang kurang tarbiyah mula berpaling arah.
Maka, terjadilah segala punca maksiat yang kian lama kian parah.
Lalu, pihak KERAJAAN mula pening2. Buat kempen itu, ini tapi langsung tidak berkesan.
JAWAPAN ANA bagi segala kemelut ini hanyalah satu. BUKAN dengan SATUmalaysia. Tetapi dengan ISLAM.
ISLAM! satu2nya SOLUSInya!
Hayatilah lirik nasyid ini. Jawapan bagi segala kemelut.
Noktah setakat ini. wa ilalliqa'
0 SAY WHAT!?:
Post a Comment