Stalkers. Bhahaha

Saturday, August 28, 2010

Sapa lagi tak Tahu Nuzul Quran ; Sila Angkat Tangan !

Salamullahialaikum,

Apa? Dah lambat dah nak post tajuk ni? Oh, bawa bertendang. Dakwah tak pernah terlambat, selagi nyawa dikandung badan. ( ya!)

17 Ramadhan, tarikh apakah ini?
A. Peristiwa Badar Al-Kubra
B. Peristiwa Nuzul Quran
C. Peristiwa Kematian Ali bin Abi Talib
D. Semua BENAR
E. Semua SALAH 


hah, mana satukah  jawapannya ?

jawapannya adalah D !

Mabruk kepada insan yang telah menjawab jawapan D

kepada yang salah, mai scroll down. Kita dalami lagi sejarah Islam yang kita sering TERlupa.
Tak pa kott, TER.

Lagu Cik Gaga, TERlupa mana bisa ?


(=.=) v


Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
Mulianya Ramadhan, bukan setakat kita menahan lapaq dan dahaga. Try buat candid kamera kat bazar ramadhan ke , supermarket ke mana-mana tempat yang wajar, kita interbiu nak orang-orang kat situ?

 Apakah kelebihan Ramadhan , Cik/ Encik/ Dato'/ Datin/ Puan/ Tan Sri/ Puan Sri ?

Agaq-agaq la mereka nak jawab apa ? Muhasabah kembali. -.-''



syukran, wa ilalliqa' !


p.s~ terkejut manusia bila baca status adik usrah, lebih kurang begini mafhumnya, "Kat Bazar Ramadhan, adalah budak2 perempuan makan selamba badak ja. Aku tau la depa tak posa." perrrrrrh! =.=''

0 SAY WHAT!?: