Stalkers. Bhahaha

Monday, September 6, 2010

Kisah-kisah KEJORA

Bismillahirrahmanirrahim.

 Kisah Satu

Kejora diingatkan lagi buat kesekian  kalinya. 
"I do believe that all of you have the honesty. Just don't break teacher's trusts upon you. Once you break it, you will never ever find it."
Dewan Ibnu Sina senyap. Idea-idea untuk telefon rakan-rakan sekolah lain untuk tanya soalan Percubaan Syariah Islamiah masing-masing terbantut.

Ya, KEJORA di sini memang sangat dipercayai. Masakan ada lagi manusia mahu pecahkan kepercayaan itu. Memang dasar gila.

Ana memang terkejut pabila sahabat ana di Permatang Pasir cakap, sekolah2 lain mula dengan Percubaan Syariah dulu.

Jadi, ada peluang soalan BOCOR! dan, niat itu ditanam dalam-dalam ke bumi. kerana kepercayaan itu takkan mungkin dikaut kembali selepas 'idea-idea' itu terlaksana.
Alhamdulillah. Setakat pengetahuan ana, KEJORA memang boleh dipercayai, dalam 'bab' ini.

Kisah Dua

Malam kemerdekaan hari itu sangat mengujakan. Dan khidmat ana diperlukan lagi. Dalam kesibukan hendak Percubaan. Tak pa, demi Islam, ana sanggup tolong mereka.
Drama Hirrah Fikrah. Drama lah sangat. Biasa-biasa saja. Lakonan adik-adik Tingkatan Dua diperlukan. Ya, bakat baru mula dicungkil setelah kejayaan semasa Drama Hari Guru hari tu, ramai mengharapkan ana untuk karang sebuah drama kemerdekaan. Oh, terima kasih atas sokongan itu.

Aqso, dan rakan-rakan yang 'hebat' . Tok Janggut yang berjiwa kental. Moga ALLAH saja yang balas.

dan, malam itu memang banyak benar bakat baru dicungkil. Santapan jiwa dan minda nasyid dari adik-adik Tingkatan Empat. Sedap suara adik Akmal Shamil. Bagaimanapun ana tak sempat tengok, kalut dengan drama. Oh, teruja2.

Tapi malam itu KEJORA semacam buat hal. Bukan semualah. Ada golongan KEJORA di sebelah kiri dewan. Tak patut betul apa yang mereka lakukan. Malukan KEJORA! Ahh, dasar tak matang!
Dalam 'bab' ini memang tak SEMUA KEJORA bisa diharapkan. Cubalah fahami perasaan manusia lain. Adik-adik di situ perlukan sokongan kamu, KEJORA! Nikmat akal Allah bagi, masih belum kamu gunakan dengan sempurna.

Tolonglah, KEJORA. Adik-adik itu jugalah yang akan mendoakan kejayaan SPM KEJORA. Janganlah begitu. Hati ini sayu pabila kamu lakukan sedemikian rupa. Malu pun ada.

Kisah Tiga


" Saya nak semua yang main mercun BANGUN! " Nampaknya, tiada seorang pun bangun.

" Baik, semua KEJORA bangun !!" erhh, ingatkan sudah tak tahu perasaan dimalukan.

Itulah perasaan adik-adik tatkala kamu berkelakuan 'begitu' kepada mereka.
Nah, rasakan Allah bagi TUNAI. 

" Wey, buat malu KEJORA lain ja!"
" Buat busuk nama ja!"
Terdengar bunyi rungutan dan bebelan dari bahagian belakang musolla. Pelbagai rasa tidak puas hati dan nafsu amarah membuak-buak dari kejora-kejora yang lain. Mereka memang selalu tidak sehaluan. Apa yang kejora lain buat, semua memang selalu tak kena.

Ya, ana tahu mereka itu sayangkan kejora. Mahukan Kejora adalah yang terbaik daripada semua 'bintang-bintang'. Ya, ana sayangkan mereka semua kerana Allah. Doa ana ketika itu, agar mereka TIDAK punahkan sayang ana apatah lagiTIKAM dari belakang. Tidak !

Kisah Empat
Malam yang sama, seusai terawih. Semua bintang dikehendaki tunggu di musolla. Kedua-dua belah pihak ada perjumpaan. Masing-masing ada amanat tersendiri.

Belah bintang muslimat, berdiri bintang 0711, ketua mereka yang berdedikasi. Ana suka akan perwatakannya yang bersahaja tetapi segala isi percakapannya bernas belaka.

Ana pun mula petah berkata setelah ketua bintang 0711 memberi peluang untuk ana berkata-kata. Dengan ilmu yang sedikit sahaja, ana mulakan dengan Basmalah. 

Ketika berkata-kata, mana kejora lain? Mana? Ada beberapa kerdipan sahaja? Ah, ana rabun mungkin. Husnuzhon. Tak pa, mereka ke tandas 'ramai-ramai' mungkin. Oh, kawal-kawal emosi. Istighfar.

Ana berkata, memperingati kepada semua bintang tentang perbuatan manusia yang sering lupa kepada Khaliq. Mafhum sura Qaf, ana keluarkan ayat kelima. Ramadhan pun mula hendak meninggalkan kita. Sudah cukup untuk kita ketemui-Nya. 
Dan, masih tidak kelihatan kerdipan-kerdipan bintang lain. Masih lagi kerdipan yang sama.
Kemudian, bangun pula lagi beberapa bintang lagi untuk berucap termasuk Kolek1511. Terima kasih:)


Malam itu, mata ini lelap awal. Seusai Al-Mulk berjamaah dengan bintang-bintang di kamar. Sayu, hiba dan seronok kerana bintang-bintang di kamar semuanya hebat dari ana ilmu mereka. Esok, sahur bangun awal, pesan Bintang Mal dan jua Bintang R.


Sahur-sahur, adik Bintang Mal menjengah kepadanya, " Kak, tolong cari sat ada Kejora main 'mercun' malam semalam," 
"Apa?" Bintang Mal mendengus. "Kejora Imam atau Makmum?" ." Makmum la kak!"

Setelah ana ketahui, betapa hancurnya hati ini. 
Sahur teakhir pada ketika itu terasa kosong. Bagaimana Kejora bisa buat sebegitu? Ah, apalah yang difikirkan. Dalam 'bab' ini pun mereka tak mampu kawal 'kebudak-budakan' mereka. 
Lupa segala janji mereka untuk jadi Kejora TERBAIK!

" *** pandai-pandai fitnah main mercun eh! "
Takpa, waktu itu ana percaya, mungkin *** tersilap nampak dengan 'Black Maria'.
Biarlah diri 'penawar' itu dengan Allah. Ana tak mahu berdengki. Biarkan....
"Lari dari AJK, naik turun tangga. Wah, cantiknya ciptaan Allah!"
Tak pa, ana terima semua. Memang 'superb' kan? Ana terima seadanya, jangan risau. Tapi tolonglah jangan tikam lagi belakang ana. Jangan! Dah punah sudah perasaan ini. Ana anggap itu ujian daripada Allah untuk menguji ukhwah.


Ya, Bintang Farhana. Ana faham. Anti tak perlu risau, ana maafkan. Tapi kejora-kejora lain buat tutup mata sahaja, bila ana lalu. Sedihkan? Kejora-kejora jantan lalu tahu pula nak minta maaf. Ana lalu tutup mata saja.

Biarlah, ana tetap doakan rabitah untuk kita.


Kesimpulan
Sudah-sudahlah Kejora, berapa kali ana nak 'cover' balik maruah kejora? Ana nak jawab apa lagi ? Ana sayangkan kamu semua. Ana harap Kejora semua cemerlang SPM, dunia apatah lagi akhirat. Ukhwah sampai syurga. Matangkanlah diri kamu. Kamu semua sudah besar. Pandai beza kaca dan permata, bukan? 

Pesan kedua, hendak membuak-membuak nafsu amarah sekalipun biarlah berlandas iman dan rasa tanggungjawab kamu kepada Islam. Bukan atas dasar kamu seorang bintang 'tua' di sekolah. Akibatnya, lain jadi dia. Mungkin bintang-bintang muda kan baik di depan kita, tapi bila kita sudah tak berkedip di situ lagi, lain ceritanya. Belum kita keluar lagu sudah ada 'cerita-cerita'

Tolonglah, ana tahu kamu suka akan perjuangan ini dan kamu tahu perjuangan itu mulia. Tapi jangan biarkan satu-satu kejora itu bergerak sendiri. Bila sudah tiada di situ, kerdiplah lagi kejora di Galaksi Irshad, demi Islam. 


Sekian, dari hati ana untuk kejora. 
Salam alaik.
wa ilaliqa'

6 SAY WHAT!?:

FaJim said...

masih tertanya-tanya, KEJORA? apakah atau siapakah?

Diyanah said...

batch sixtens of irshad.

As-Sakinah © said...

FaJim; batch sixtens di Irshad ~
syaza ; syukran for answering . uhibbuki fillah ~;)

Unknown said...

@ che kina debater :

Reading and wandering around...@_@

Btw, kuatkan semangat dan banyak berdoa untuk kesejahteraan kita dan kwn2 yg lain dunia akhirat k?

~yang selalu ditegur~

As-Sakinah © said...

debater asean ;
doa , insya ALLAH~
moga terbaik untuk semua dunia akhirat

syukran

-yang selalu ditegur juaa-

As-Sakinah © said...
This comment has been removed by the author.