bila ukwah kerana Allah, pasti terasa indah
Selepas post ana mengenai kisah-kisah kejora, nampaknya ada wujud beberapa respons daripada beberapa orang responden. Dan ada sahaja ketidakpuasan hati responden-responden tersebut, tetapi mereka tidak berani sama sekali untuk berkata-kata di hadapan ana.
Tetapi bercakap-cakap di belakang, di tepi, kanan dan kiri. Di depan tak berani pula. Ohh. Kebenaran kah itu?
Barangkali mereka pun malaslah nak ungkit-ungkit tetapi kenapa perlu berkata-kata di belakang ana?
Nampak macam ana 'over' lagi ke daripada ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah?
Oh, sudah tentu sebab mereka tidak tahu keseluruhan cerita kita.
Cerita kita hanya kita-kita tahu dan DIA jua. Dan DIA jua tahu siapa yang benar dan salah.
Ana minta maaf kerana setakat ini tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan antunna bagi melahirkan apa yang selama ini terbuku di hati ana , dan insha ALLAH untuk kebaikan kejora-kejora makmum !
Selagi nyawa di badan, selagi itu ana sayangkan antunna. Moga rabitah kita dapat diteguhkanb kerana Dia.
KEJORA SIXTENS irshad 0610 . Moga menjadi yang terbaik.
***
Dalam bersahabat, bukankah kita diajar untuk berhusnuuzhon? Atau dalam kata lain, bersangka baik.
Kadang-kadang ada khabar sampai ke telinga menceritakan sahabat kita ini ada buat begini dan begitu,
haaaaaa.... sebagai sahabat yang sentiasa ingat kepada Allah, Rasulullah SAW mana mungkin kita akan percaya bulat2.
Aik , paham ke tak ni? Thaib, ana bagi mudah lagi. Kalau ada berita tentang keburukan sahabat kita dan sewaktu dengannya, jangan cepat-cepat menghukum apatah lagi menyebarkan lagi keburukan yang kita pun belum pasti benar atau salah.
Husnuuzhon penting sahabat-sahabat ku, kerana suuzhon itu mengundang dosa.
Dalam surah hujrat ayat 12. Cuba bedah ayat tu dan rungkai sama-sama. *tribute to Ukht Niesa Imana*
mafhumnya, Allah melarang orang-orang yang beriman itu bersangka buruk kepada saudara-saudaranya.Dan, sahabat-sahabat, adik-adik, kakak-kakak yang dikasihi sekalian
bersangka baik, dunia akan aman
Bila terjadi semacam ini, cepat istighfar. Cepat-cepat kita husnuuzhon, dan cepat-cepat kita cari rakan kita tu tanya perkara yang sebenar agar tak menjadi lebih sulit.
Ok? Perkongsian daripada ana yang tak sberapa hebat sangat ilmu.
Oh ya, lagi 48 hari lagi nak SPM~
Hamasah LILLAH , semuanya kerana ALLAH . INSHA ALLAH.
0 SAY WHAT!?:
Post a Comment