Stalkers. Bhahaha

Saturday, November 10, 2012

Tak Berjudul.

Dahagakan tarbiyah. Di saat ini. Susah sekali hendak melawan perasaan. Adakalanya sehingga terfikir, kenapa perlu aku melawan? Sedangkan yang lain tidak perlu.

Aku terkejut dan takut melihat apabila mengetahui, ini adalah kehidupan yang bakal aku hadapi. 5 tahun di sini tak semudah itu. Mungkin aku akan tsabit di jalan ini, mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu. Tapi apa yang aku dapat harapkan, adalah agar diri aku ini sentiasa terlindung dari dosa-dosa yang besar. Dan aku tak mahu juga dosa yang kecil yang membawa aku kepada kelekaan sehingga aku terlupa apa sebenarnya tujuan aku di sini, di dunia ini.

Sungguh dunia ini penuh dengan fatamorgana. Ku sangkakan redup, ada awan untuk berteduh. Rupa-rupanya di situ ada petir. Ahh. Susahnya hendak menggambarkan perasaan aku sekarang ini. Tiada perkataan yang dapat diungkapkan. Aku acap kali tidak mempunyai klu untuk menggambarkan apa perasaan aku sebenar.

Aku tak mahu aku dikatakan aku amuk bercinta sekarang ini. Aku memang sebelum ini pun pernah bercinta. Apa? Ingat bercinta itu hanya dengan manusia yang bergelar kekasih? Tidak. Cinta itu suci, manusia yang mengotorkan. 

Aku tak hendak berfalsafah sehingga ada nanti yang menggelarkan aku doktor cinta. Tidak, aku tak mahu. Ini fitrah, dik. Semua merasai. Ianya bergantung kepada kita, bagaimana kita mahu menjaganya. Adakah ia mempengaruhi atau kita mempengaruhi.

Maaf, andai belakangan ini anda (jika ada lah yang membacanya) menjumpai post-post saya belakangan ini seakan-akan langsung tidak memberi motivasi dalam hidup anda. Saya kini berada di suatu keadaan yang saya sendiri tidak mengerti kenapa saya perlu alami. 

Aku rindukan usrah. Aku tak hendak yang ekstrem. Mohon. Santai dan biar perasaan suka itu hadir. Tak perlu anda menyusun strategi yang pelbagai nak tambat hati aku untuk ke usrah, kerana aku sudah pun mahu dan ingin ke usrah. 


0 SAY WHAT!?: