Stalkers. Bhahaha

Friday, May 24, 2013

Sometimes I Want to Disappear

Disappear. Susah, masalah, komplikasi. Entah. Payah.

Aku berubah, ya aku tahu. Tapi tak perlulah nak menghukumi aku begitu dan begitu. Aku mengaku aku berubah. Aku tahu. Tapi aku ingat, apa yang diajar di bumi Al-Irshad dahulu, masih tertancap di hati dan ingatan. Mostly. Kalau pasal basic things, yes Alhamdulillah, dengan izinNya aku masih lagi boleh beramal dan terus beramal.

Ya, mungkin dari segi ikhtilat. Satu. Tak semudah itu untuk dijaga. KIta bukan berada kelompok fikrah yang sama. Aku berada di celah manusia yang kebanyakannya tak faham apa itu ikhtilat.

Aku bukannya berubah sepenuhnya. Cuma aku perlu mengubah sedikit cara pendekatan atau dalam kata yang lebih mudah, modify. Aku masih lagi menjaga ikhtilat aku. Aku tidak memegang yang ajnabi. Tidak pernah sekali. Kalau tersentuh itu di luar cerita. Tak perlu cerita kalau bab tersentuh. Tersentuh bapak angkut dah berapa kali dah. Berhimpit dengan orang yang tidak dikenali dalam angkut berapa kali sudah.

Dalam celah manusia yang tidak sefikrah aku ini, perlukah aku terus tegakkan pendirian seperti dulu? Ya, dulu kerana semua faham, semua belajar. Sekarang, tak semua tahu, tak semua faham. Bahkan ada yang rilek sahaja sentuh, peluk yang ajnabi.

Dalam celah manusia yang tidak sefikrah dengan aku ini, bagaimana kalian nak aku reaksi? Nak aku terus tegakkan pendirian aku seperti dahulu? Tak tak semudah itu. Dunia aku sekarang ini bukan seperti dunia Al-Irshad dahulu. Semua terjaga rapi, selamat, tak perlu risau. Sekarang, aku yang perlu jaga rapi, aku yang kena pastikan selamat, dan aku perlu untuk risau.

Risau. Siapa tak risau. Aku cuba, bukan tak cuba untuk menjaga. Dan ini yang aku boleh. Aku hanya mampu untuk memastikan bahawa diri aku tidak memegang yang ajnabi. Urusan lain, kalau seperti dahulu, susah hendak diperkatakan. Susah hendak dijaga.

Pokoknya, aku bukan berubah sepenuhnya. Suasana dan keadaan membuatkan aku tampak berubah pada mata yang memandang, mata yang dahulu melihat aku "sebaik" itu. Aku tak berubah, tolonglah.

Itu sahaja, yang mampu aku ungkapkan. Yang lain, biar aku dengan Allah. Dia yang faham segala-galanya kenapa aku begini.

Outro - Houdini, Foster the People

0 SAY WHAT!?: