Stalkers. Bhahaha

Wednesday, June 18, 2014

Andai Aku Buka Coffee Shop Satu Hari Nanti

Assalamualaikum warahmatullahi warabarakatuh.

Curi masa sikit tengah exam week. Tiba-tiba tengah exam week ni rasa banyak pula idea nak menulis. Allahu. Takpa. Kita bahagi masa bagi kemas sikit. Biar dapat study dan juga dapat juga masa untuk berkarya. Ewah berkarya sangat *pats myself*

Jadi, nak kongsi sikit. Tadi lepas ujian modul 1 blok 14 ni, rasa lapar dan rasa pelu ambil udara sebab rasa dah lama tak jalan-jalan tengok pemandangan. Macam banyak sangat pula pemandangan indah kat Medan ni tapi eh, pemandangan tak semestinya indah sahaja untuk kita tadabbur. Kalau boleh, setiap benda yang kita lihat dan amati adalah peluang untuk kita ambil pengajaran. Wah gitu.

Lepas ujian habis, aku pun start lah moto. Cari makanan. Sampai ke Ring Road aku merantau. Which is dalam 5 minit ja kalau dari rumah tapi tadi aku pusing jauh. Sebab takda destinasi yang menarik hati aku untuk makan sampai lah ke Ring Road. Pekena Yakun Kaya Toast. Original Recipe from Singapore katanya.

Tak apa. Sekali sekala aku kata. Mahal sebenarnya. Aku spend Rp 50k juga untuk satu set. Half-boiled eggs with original kaya toast and coffee. Dalam RM 17. Maybe standard Old Town Kopitiam tapi sebenarnya tak berapa puas sebab portion dia tak besar dan tak sesuai untuk kaki makan seperti aku. Aherher.

Tengah dok makan aku mula terfikir. Ni yang best bila travel alone. It gives you time to wander. To think and to find who you are. Wah. Tapi berteman juga adalah lebih menyeronokkan (baca: teman sejantina). Kalau sefikrah lah. Errr. Kalau tak sefikrah, tak syiok jugak. Kang ngobrol pasal benda yang tak membina, sakit juga rohani aku. Fiuh. 

Ohhh, where was I just now. Ahhh terfikir. Right. Dalam banyak-banyak tempat seperti coffee shop or cafe yang paling kondusif dan enak kopinya, kalau orang tanya aku, maybe aku dapat senarai sikit sahaja. 

Salah satunya, Starbucks. Tapi disebabkan isu saluran keuntungan mereka ke negara haram Israel, aku jadi tak enak untuk selalu ke sana. Namun, ada beberapa aspek dari presentasi coffee shop Starbucks yang kita boleh highlight kat sini.

Secara personalnya, aku sendiri suka kopi Starbucks. Segar dan rasa kopi yang asli. Tambah pula dengan Barista yang mesra pelanggan. Memang kalau ditolakkan soal wang depa ke Israel, aku bagi 5 bintang. Aku sendiri tak dapat nak move on from the fact they are the greatest coffee shop in my life. Bwahaha ambuih.

Setakat ni alternatif aku selain ke Starbucks adalah Jco. Tapi kopi depa tak cukup kick seperti Starbucks. Dan tempat yang depa present juga tak sekondusif seperti kebanyakan Starbucks outlet. Hmmm. Mengecewakan tapi kadang-kadang untuk memuaskan rasa kemahuan aku untuk minum kopi aku ke Jco juga.

Bila memikirkan tentang coffee shop dan cafe, dulu waktu aku baru masuk sekolah menengah, kakak aku pernah sembang-sembang santai tapi berisi dengan aku nak dirikan satu bisnes keluarga iatu coffee shop yang dinamakan dengan Forget Me Not. Wahwahwah.

Haraplah dapat juga aku realisasikan impian ni satu hari. Menjadi doktor gigi yang ada bisnes coffee shop jua. Fuhhh. Ameeeen.

Tapi konsep coffee shop aku insha Allah lain daripada lain. Oh ya aku pernah terbaca ni di satu artikel. Ayat dia lebih kurang macam ni ah.

Nak buat bisnes, kedai makan ke coffee shop ke apa ka, buat coffee shop yang betul-betul bermanfaat dan biar kita rasa kedai tu seperti apa yang kita nak dan kalau kita yang jadi pelanggan tu, kita rasa nak datang lagi. 
Oh well. Maybe antara hampa yang nak tau apa ja yang aku nak adakan di coffee shop. Antara perkara wajib bagi aku untuk aku sediakan di coffee shop aku:-

  • Ruang solat
  • Mini Library
  •  Wifi (lulz)
  • Barista yang mesra
  • Harga tak cekik darah
  • Freshly brewed coffffee!
  • Suasana yang sesuai untuk diskusi ilmiah dan belajar dan halaqah. Hoyeah!
And more to be listed. Insha Allah. Doakan. Maybe around KL dah banyak kot coffee shop yang dapat menandingi Starbucks. Tapi kalau kat Penang, aku belum jumpa and dengar. Or maybe aku yang kurang jalan sekitar Penang? Hah. Maybeee lulz. Okay itu saja lah kot fikrah aku kali ini. Kita bertemu di lain hari.

Wallahua'lam. Wassalam alaikum!

Outro - Mad Sounds by Arctic Monkeys (Lol. Sebab aku tengah dengaq lagu ni time tulis ni)





0 SAY WHAT!?: