Stalkers. Bhahaha

Saturday, November 15, 2014

Kuat

Aku harus kuat lagi,
Sikit lagi dah nak sampai.

Mungkin pada orang lain,
Jalan aku masih jauh,
Seperti tiada harapan.

Tak apa,
Aku okay. Aku sendiri yang cakap okay.

Sebab aku yakin,
Ini semua akan berakhir, lambat laun.

Hi. Salam alaik. Baru habis main futsal, tutorial tak siap lagi. Petang tadi, usai kuliah, shoot ke Medan International School. Mengajar adik-adik dekat sana. Biasa saja. Tak lejen tara mana pun. Ajar bahasa Arab sikit-sikit.

Aku tahu aku occupied. Banyak sangat aktiviti, macam tak duduk diam. Ada saja ke sana ke mari. Kadang aku cemburu jugak tengok kawan-kawan banyak masa nak rehat. Banyak masa tidur. Banyak masa untuk lepak.

Tapi sibuk-sibuk aku ni, bukan sibuk sangat pun rasanya. Masih ada masa lagi untuk fikir kenapa aku tak ada orang nak. Kenapa aku masih tak berpunya. Geeeez. Poyo nya astaga. Entah lah. Aku letak ini sebagai indikator bahawasanya aku belum cukup sibuk.

Kata orang, sibukkan diri supaya tak fikir perkara-perkara sedemikian. Tapi dalam kejar sana sini, terselit juga perkara ini. Haih. Aku serious tak suka nak fikir pasal ni.

Come on Natasha. Banyak lagi benda yang boleh hang fikir. Kuat sikit lagi. Tumpahkan cinta waktu usia muda ni kepada ibi abah, keluarga dan juga dengan belajar bersungguh-sungguh, kuasai ilmu agama sepenuhnya dan mantapkan diri dengan penguasaan ilmu duniawi juga.

Hohoi banyak lagi hohoi. Gitar tak mahir lagi, Mandarin dan Spanish tak fasih lagi. Semua tengah jalan. Ishhhh. Come on come on.

Jangan terlalu fikir soal cinta yang tak pasti. Usaha memang lah iya. Tapi jangan itu buat usaha memantapkan diri dan sahsiah ke laut.


Guide us to the straight path o Allah.

Outro - Vampire Weekend, Oxford Comma

0 SAY WHAT!?: