Stalkers. Bhahaha

Friday, February 6, 2015

Sebab-sebab Awak (Kita) Perlu Jadi Baik!

Assalamualaikum warahmatullah,


Saya suka ingatkan diri saya yang setiap kali apa saya buat, adalah untuk kebaikan ummah, Sebab secara tak langsung, bila saya fokuskan apa yang saya buat untuk ummah, pengislahan diri (pembaikan diri) akan datang secara automatik.




Asal penting sangat dengan pembaikan diri kita ni ha? Dan mesti ke ha kena buat untuk ummah juga?Tak boleh ke kita buat baik, buat baik untuk diri kita ja? Kita bukan kacau orang lain pun. Kan dah cukup baik tu. Hmm

Tidak! Sudah semestinya tidak. Ohoi! Sebab apa?

Sebab-sebab Kita Perlu kepada Islah Diri dan Islah Ummah

1. Syurga tu tersangatlah luas! Takkan nak masuk sorang? Macam yakin pulak confirm dapat syurga. Tapi ermm kena lah angan-angan dan bekerja untuk dapatkan ia. Eh, cita-cita kita kot! Mestilah kena work for it ye dok.
2. Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada manusia - maksud hadith. Ini saya rasa sangat sentap oh bila ingatkan diri balik waktu tengah tidak produktif. Menusuk ke lubang hidung hoih.
3. Dunia ni dah penuh sangat dengan negatif. Kita yang sedar ni lah kena penuhkan dunia dengan positif kembali. Jangan bagi chance untuk negativiti penuhi ruang udara ini. Sesak napaih oih!
4. Ummah dan nazak dengan sogokan benda yang kurang pekdah.
5. Diri kita semakin lama semakin dekat dengan mati. Semakin dekat nak ketemu dan dipanggil Ilahi. Takkan nak biar diri kita ketemu Allah dalam keadaan yang hmmm paham-paham lah awak ye.

....dan saya rasa sebab-sebab yang lain banyak je. Banyak yang amat. Tapi sebab yang paling ultimate saya akan beri dekat sini dan tak kisah lah awak nak cakap saya cliche ke tak, adalah sebab ini, iaitu, Allah. Dah takde sebab lain yang dapat atasi sebab ini. Kan? (better iya kan hehehe)

Baiklah, setakat ini dahulu insha Allah. Moga ini bermanfaat sedikit sebanyak walau saya rasa macam hambar saja. Hiks.

Outro - Salam - Lah Ahmad


0 SAY WHAT!?: