Alhamdulillah kita masih dalam nikmat Islam. Salam ahlan wasahlan ke blog 'ana' buat kali pertamanya.
Sebelum ni ana sudah mempunyai blog di Friendster. Selalulah juga update. Tapi rasa-rasanya macam tak da respons. Hurmm... harapnya di sini adalah ya
:D Dalam diri ana tak lah sehebat mana untuk bermadah bahasa, nak menulis karya dalam kata mudah blogging.
Tapi ana merasakan ana punyakan satu saluran untuk meluahkan rasa terbuku sebagai seorang syabab pada zaman modenisasi. Memandangkan agak susah saat ini untuk berkata hak masing2. Nanti tak buat pasal ja masuk ASI*(bukan nama sebenar)
*teringat kepada Langkawi. Usrah ana;)Sebagai remaja, apa yang anda buat dengan hidup anda?
"hidup sekali lah weyh, apa yang nak heran. Nanti mati tobat laah" "Apalah hang ni skema siott!?" "Kubuq masing2 nnti, busy body pa ang ni?" "Ang dok wat lagak alim pa? Pada ah nak blakon"Barangkali kalian pasti ada yang acap kali menakung ayat ini di telinga kalian apabila cuba untuk mengajak sahabat sekeliling anda untuk kembali ke jalan sebenarnya.
ya! sudah semestinya saya pun terkena sekali;0
Buat anda yang sudah sedar dari lamunan hanyutan dunia dan ingin aktif dalam proses 'tarbiyah'. Inilah ujian drpd ALLAH.
Kita perlu ITQAN(bersungguh). BErsifat sebagai pendakwah. Jadilh bak ikan di lautan masin. Usah makan dengan tohmahan manusia yang ingat"kubuq masing2 tu".
Tingkat doa kepadaNYA. Ingat! PENDAKWAH bukan PENGHUKUM.
Inilah jawapan ana buat soalan ana di atas:
Remaja perlu sedar ISLAM perlukan perjuangan kita. Allah ciptakan kita kerana untuk menjadikan kita sebagai KHALIFAH ALLAH taala.
Fahamilah maksud KHALIFAH sebenarnya.
Awasi Liberalisme, Pluralisme, Budaya Kuning dari mereka yang otak kuning!
noktah setakat ini. Wailalliqa' ;)
hayati video ini khas untuk kalian!
0 SAY WHAT!?:
Post a Comment