Malu mula menyeliputi jasad Muslimah.
Kemanakah perginya nilai sebuah harga diri yang seperti dicanangkan?
"Bangsa MALAYSIA bangsa bermaruah"
Isu iklan ini sangat hangat dipertikaikan oleh ramai pihak. Bagaimana boleh pihak syarikat tersebut terfikir untuk me'lancar'kan lagi wang masuk mereka dengan cara sedemikian rupa?
Ana tidak faham apakah motif sebenar iklan itu. Apabila ada satu babak memaparkan seorang budak yang masih belum muamiyiz sekali pun, tersangatlah suka akan pramugari di dalam penerbangan itu. Malah, budak itu bukan sahaja menyukai perjalanannya ke Hong Kong bahkan mengambil gambar bu*n*** pramugari itu sebagai kenang-kenangan.
Mungkin ada pihak yang akan katakan apa yang nak dihiraukan bukan lucah pun iklan ini. Biasalah dunia sekarang macam inilah.
Kalau tak guna eksplotaisi, macam mana hendak laku?
Masalahnya sekarang ialah apa yang ana ingin TEKANKAN di sini.
DIMANA SENSITIVITI SEBAGAI SEORANG RAKYAT MALAYSIA?
Tidak kah kita ingat suatu ketika dahulu? Kita pernah diiktirafkan sebagai satu bangsa yang takkan hilang di dunia. Kita dikenali sebagai bangsa yang kaya dengan seribu macam budi bahasa, adat2 dan tutur bicara.
Adakalanya benar kata Tun Dr. Mahathir,
Melayu Mudah LUPA
Ya! Kenapa ana sebut melayu? Sedangkan, Tadi ckp fasal bangsa Malaysia.
Cuba anda perhatikan budak yang berlakon dalam iklan itu, bangsa apakah dia?
Dan sudah semestinya antara orang2 kuat untuk menerbitkan iklan itu sudah semstinya berbangsa Melayu dan beragama Islam
Dimana letaknya nilai sensitiviti sebagai seorang yang menghormati adat ketimuran?
Kalau sekalipun anda tidak menyukai untuk bercakap tentang bangsa. Dimana letaknya nilai ketimuran?
Ana mengajak untuk anda befikir sejenak.
Budaya timur yang kian lama kian terhakis.
Kenapa tidak kita mempertahankan nya?
Malah kita pula yang mengikut budaya Barat.
Sedangkan mereka yang durjana kita ikuti!
Kita harus ingat Tok janggut yang kita sanjungi di bumi Malaysia ini, di negara Barat beliau dianggap PENJENAYAH, PEMBERONTAK, PENYUSAH MANUSIA.
Potret beliau digantung di dinding muzium durjana mereka dan dilabel sebagai TERRORIST.
Kita di Malaysia pula seronok dengan cara yang ditunjuk-tunjuk oleh AMERIKA, BRITAIN dan negara-negara !@#$%^&*() yang lain.
Bagaikan kita negara Malaysia berkiblatkan mereka dalam setiap hal. Bukannya berkiblatkan Kaabah.
Sedih..Sedih..Sangatlah berduka cita! Apabila memikirkan hal ini.
Bersyukurlah Allah masih menyayangi bumi Malaysia ini. Tidak lagi Allah turunkan bala di sini. walau telah berjuta-juta kemungkaran telah manusia di tanah ini lakukan.
Dengan anak mudanya yang tidak ada segan silu mengiktiraf diri mereka sudah berpunya
dengan orang-orang tuanya yang menghalalkan anak mereka bebas dengan alasan"biarlah mereka masih muda.
dengan adanya tampuk kepimpinan yang tak boleh blah dengan mata wang yang disogokkan
Seronok dengan menjamah sepinggan dosa berulamkan pahala.!
Seronok? !!!!
Teringat pada zaman Rasulullah SAW dan khulafa' arrashidin.
Setiap kali di hujung surat rasmi mereka pasti terpalit:
SESUNGGUHNYA AZAB ALLAH ITU AMATLAH PEDIH.
noktah di sini, wa ilalliqa'
0 SAY WHAT!?:
Post a Comment