Salam Alaik.
TASEK GELUGOQ, Selasa: Satu rampasan liquid paper telah dilakukan di sebuah sekolah di sini, SMKA Al-Irshad secara mengejut. Semua pelajar tampak terkesima dan terlopong apabila setiap kali pihak penjalan hukuman, Badan Kepimpinan Pelajar (BKP) mengambil tindakan yang begitu drastik setelah mereka menerima arahan terus daripada pengetua, Puan Hajah Salmah.
Sebanyak lebih kurang 200 liquid paper telah berjaya dirampas dan disita oleh Guru Disiplin, En. Mohd Nor Azli dan BKP. Katanya lagi, " Mungkin hal ini agak mengejutkan semua pelajar. Disebabkan berlaku beberapa perkara yang tidak sepatutnya berlaku, rampasan dilakukan. Semua harap bersabar. Sekali bala turun, semua akan kena." Pelajar-pelajar diingatkan agar jangan rasa dipilh kasih kerana semua orang kena termasuk para pengawas dan ahil tertinggi.
Ketua Murid, Yuhakim ditemui pun dilaporkan terkejut dengan berita ini lantas beliau mengambil liquid paper beliau dan meletakkanya ke dalam beg plastik. Sehubungan itu, disebabkan berlaku beberapa pemberontakan dan ketidakpuasan hati oleh para pelajar secara langsung atau tidak sama ada secara berhadapan atau di alam maya (facebook, myspace dan blog), temu ramah telah dilakukan terhadap Pengetua, Puan Hajah Salmah.
Kata beliau ketika ditemui, " Saya amat sedih dengan sikap segelintir murid sekolah KLUSTER yang boleh dikatakan ramai bilangannya menyalahgunakan nikmat liqud paper yang mereka ada. Diconteng mereka meja terutamanya di Makmal Sains Tingkatan Menengah Rendah dan ketiga-tiga bengkel Kemahiran Hidup." Beliau berkata lagi,
"Saya lagi terkejut apabila meja-meja tersebut dijadikan tempat luahan hati mereka berkenaan cinta, pergaduhan senior junior, sindir menyindir dan pelbagai lagi. " Kata Penolong Ketua Murid, Natasha pula ketika ditemui, " Saya harap semua murid dapat beza baik dan buruk. Nikmat kreatif akan ditanya oleh Allah, ke arah mana kita habiskan ia." --BarnamaRadio
Nikmat yang ada patut digunakan di jalan Islam
5 SAY WHAT!?:
eden pon tekezut..baru taw sbb pa kn rmps..
btw..ada bakat jadi penulis brita..hehe
ramai yang tak puas hati.
iffah ; oh yeahh, nak buat jadi wartawan yang telusss
kebenaran tercakna!
irshadian 0711; lek2 ade hikmah di sebalik ketidakpuasan hati :) hehe
salam perjuangan.
^_^
Kenapa nama ketua operasi tak dilaporkan! Berita ini tidak boleh diterima kerana tidak lengkap! Dimerit!
Post a Comment