Stalkers. Bhahaha

Wednesday, September 15, 2010

Seronok, Bersyukur, Sedih dan Mengharap; perasaan EMPAT dalam SATU

Bismillahirrahmanirrahim, salamullahialaikum, senyum walaupun tak dapat ke konsert Maher Zain =.=''

senyum, jangan senyum dan pastikan tak da makanan di celah gigi anda. aduss=.=


 boleh lah, senyum begini. oh, Maher Zain, ana tak dapat ke konsert anta. asifah =.=''
(bajet macam kenal lama sudah)

***

Baiklah, mungkin post ana pada kali ini semacam menunjukkan yang ana seorang yang suka menilai manusia, menengok kelemahan orang, dalam makna kata lain, 'busy body' dan juga 'jaga tepi kain orang'. Oh, ana tahu, ana ni pun banyak kelemahan, tapi kita sama-samalah perbetul diri kita. Anda nasihat ana, ana nasihat anda.

Sebab itulah Allah ciptakan manusia pelbagai ragam dan rencam, berbeza kulit dan latar, agar kita saling lengkap-melengkapi. Macam dalam firman Allah Ta'ala dalam Surah Al-Hujrat, ayat 14.

Wahai manusia! Sungguh, Kami telah ciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali. (......)

Dan, dalam firman Allah yang lain, Allah pun kata lagi dalam surah Ali Imran, ayat 110, mafhumnya kita adalah sebaik-sebaik umat, saling mencegah kemungkaran, saling mengajak ke arah kebaikan. 

sekali lagi,  saling mencegah kemungkaran dan saling mengajak ke arah kebaikan.

dan tak ada pula, budaya "kubur masing-masing", "aku peduli apa, bukan kau yang nak jawab kat aku dalam kubur! "

Oh, kedua-dua ayat atas ni, penuh dengan tasykik, senang ja kena rodd ni ! Cis, tolonglah buang dan tanam dalam-dalam pemikiran kolot dan jumud ni.    

*cerita seronok*

Seronoknya apabila tengok ramai sahabat, kenalan, taulan di Facebook mahupun di alam realiti berubah dari perangai kurang 'asam jawa' kepada 'cukup rasa'. Oh, bukat takat tu, diaromakan lagi dengan 'daun kari' dan 'kerisik'. (masak apakah ini ? =.='' nampak sangat tak reti masak kot, cegar2)

Mana taknya, yang dahulu seorang yang payah nak tutup aurat, hanya takat tutup urat, kini jadi lebih hebat daripada ana. Seronok ana lihat. 

Yang dahulunya geli pakai socks, sekarang macam mana fesyen sekali pun, socks dia mesti takkan lupa.
 sopan dan anggun mengenakan penutup kaki

Yang dahulunya baju ketat, sendat dan nasib baik tak nampak pusat, sudah beralih kiblat baratnya kepada Kaabah. ^^ 

Yang dahulunya mengejar cinta lelaki yang belum pasti suami, kini lebih murni hatinya daripada ana.
Cinta kucing

Ohhh, TAHNIAH sahabat ! Sayang kamu sentiasa kerana Allah.

Kedua, ana punyai penyambung generasi semangat dalam medan dakwan di bumi 'petunjuk'. Alhamdulillah.
Penangan "Tautan Hati" karya Fatimah Syarha kata mereka. Oh, adik-adik sekalian. Semuanya datang daripada ALLAH.


YA! Semarakkan lagi hamasah lillah. Semangat jangan hangat-hangat tahi cicak ya. Ambil iktibar apa yang dikongsi Fatimah Syarha :) Ana pun belum baca lagi. Baguslah, kamu memang banyak lagi ilmu daripada ana. ^^ sukanya ukhwah ini !

Pabila semua ini terjadi, sudah tentu perasaan bersyukur datang bersama . *cerita syukur*






*cerita sedih*



Dalam lima tahun berjuang di bumi 'petunjuk', sudah tentu sahabat-sahabat di bumi itu melihat akan ana banyak kali berubah sikap. Ya, ana cuba untuk jadi remaja yang baik.

Bukan apa, kerana Allah suka akan insan yang pada zaman remajanya Hebat dengan ketaatan kepadaNYA. Aitt, jangan ingat lepas remaja boleh pergi berjoli-joling, ok? =.=''

Hurm, kisah sedih ni banyak, nak buat senarai mau kena 2jam tulis post ni. Anda sudi ke nak sengkang dalam laman gelap ni ? Oh, tak perlu dan jangan risau.
Ana ringkaskan kisah-kisah itu kepad TOP TWO mungkin (^.^) (bajet macam rangking forbes la pulak)

TOP ONE : Ada sahabat-sahabat, taulan, kenalan, junior atau pun senior pakat-pakat 'block' ana di Facebook mahupun di alam realiti. Ohh,dugaan. Ada yang 'malas' nak corfirm as friend pun ada. Padahal, common friends punya la berjuta-juta. =____=

Apa pasal sampai nak kena block tahap gaban? Takut ana sampaikan 'warkah berlagu pilu' kepada ustaz-ustaz, ustazah-ustazah tentang karenah anda?

Oh, buat apalah takut kepada ana. Tak da maknanya. Ataupun dah "meluat"sangat status ana di Facebook yang seakan-akan terkena pada batang hidung tinggi anda sendiri.  Blocklah lagi ya!!!! (Alamak, aku cakap pun macamlah mereka nak baca kat sini, nasiblaahh)

Oh, terima kasih lah bebanyak, kerana bagi ana peluang bagaimana perasaan di'block'. 
Kata Ummul, muslimah sejati adalah apabila ditimpa masalah, senyuman akan terukir di wajahnya.
 Ni pun penangan Tautan Hati sebenarnya. HEHE. :D Syukran Ummul :)


TOP TWO : Masih ada lagi berpacaran. Walaupun, dah beberapa kali dikatakan "hubungan sebelum nikah adalah HARAM"

Ayat "wa la taqrabuzzina" diulang-ulang, tapi masih lagi tiada kesan. Ya, barangkali benar cinta itu buta.
Menggelapkan mata hati dan iman. Tak makan pujukan iman , tapi termakan rayuan syaitan dan nafsu.

Begitulah, 'bersayang-sayang', 'berabang-honey'. Suami-isteri sebelum tok kadi sampai la pulak.


Tuk Kadi manalah menyaksikan cinta durjana itu. Aduss. Ya ALLAH, sudahlah itu, mereka ini bukan takat itu, malah menggunakan sumpah taat setia dengan nama ALLAH, untuk melahirkan perasaan IKHLAS dan TULUS (..lah sangat ) kepada pasangan masing-masing.

Yang paling terkesima, adalah sorang ini, pandai berkata-kata. Dalam setiap ayatnya di dalam kelas selalu rujuk kepada Al-Quran dan Hadis tapi di alam maya, lain jadinya. Debat dengan ana bukan main, dengan dalil 'aqli, naqli, keluarkan sirah Rasulullah SAW untuk matikan hujah ana ketika pembentangan. Ah, dan lain-lain.

"Couple. Happy to see you blaaaa....blaaaa....balaaaaaaaa"

Please STOP pretending ! Kau yang juga cakap kat aku macam tu kan? "Jangan pandai cakap ja, BUAT sama!" Ya, dalam surah Al-Baqarah pun Allah berfirman, ayat 44:

Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, (......)
Pabila semua ini berlaku dan kisah-kisah sedih yang lain yang ana tak sempat kongsi, maka datang lah bersama perasaan *cerita mengharap*.

Mengharap agar Allah sentiasa dan akan terus membuka pintu hati mereka dan tunjuk ke jalan yang benar.

Taubatlah sebelum tertutupnya pintu taubat. Bila? ilmu itu hanya ada pada Allah.


Thaib, syukran .
Wa ilalliqa'
:)
salam alaik
p.s - doa rabitah hati jangan pernah LUPA ya! tadabbur maksud di sebaliknya :)

2 SAY WHAT!?:

badr said...

@ amoi : meh nak rodd satu2.. ^_^

"oh, Maher Zain, ana tak dapat ke konsert anta. asifah =.=''"

erkk! ni jd ke xjd ni? hu..

"budaya "kubur masing-masing", "aku peduli apa, bukan kau yang nak jawab kat aku dalam kubur! "

kalau kubur ko sebelah kubur aku susah la aku nak tenang2 ko asyik terjerit2..he..

psl kengkawan 2 : sbr..sbr dan terus sbr..semoga trus tsabat dan istiqamah dlm menuntut ilmi, mengamalkannya, mengajarknnya dan menyebarkannya kpd masyarakat..

insya allah amin.

just blogwalking pepagi...
bru smpai uia dr kdah...
sowie xdpt jenguk adek2 hari anigerah cemerlang sabtu ni..

taman ilmu dan budi...

As-Sakinah © said...

nak rod balik ~

"oh, maher zain. ana tak dapat ke knsert anta. asifah"

"erkk!ni jd ke tk jd ni? hu.."

tasykik ayat kott : maksudnyeee tak boleh pergi laaah~

rod akh yang kedua, saya tak rod malah sokong mitaini fi miah!;)
hehh~

subhanallah, inshaALLAH. moga kita sama2 tsabat dalam perjuangan dan istiqamah sokmo !

sat2, "tak dapat jenguk adik2 hari anugerah?"

memang ada dalam plan ke nak mai ?
huhuh..

-garden of knowledge and virtue-
-.-