HERO on the road, but ZERO at the grave.
Seriuosly, this post is proudly made from me to those who are called as MAT REMPIT. I'm sorry if my words are harsh. But, still I think they deserve to have these kinds of words.
TAK MENGHORMATI PENGGUNA JALAN RAYA LAIN
Saya memang geram jika saya berhadapan dengan insan yang langsung tak reti hendak hormat orang tua mahupun orang di sekelililngnya. Saya cukup tak faham padahal rasa hormat ni memang sepatutnya wujud dalam kalangan kita sejak kecil lagi, Sebab itu yang memang diajar kepada kita. Kecuali lah kalau dibesarkan oleh orang utan.
Tapi Tarzan yang dibesarkan di hutan pun , faham perasaan hormat dan takut kepada orang tua
Perasaan geram saya menjadi-jadi, bila sebentar tadi di sebuah plaza tol di sini. Gara-gara mereka, ayah saya menjadi mangsa. Jalan yang disediakan untuk pengguna motosikal kan ada? Yang susah2 masuk ke jalan kereta tu apa pasai? Nasib kau lepas palang tu, kalau tak lepas kau ingat kau boleh hidup ke? Mati katak kott. Siapa nak tolong?
Dah tu, ayah saya dah sentuh kad touch n go lalu palang pun diangkat. Tiba-tina berderu motosikal bersama penunggang2 ke laluan kereta dengan muka *taknampak pulak muka depa camna , pasai helmet kan. Safety la kiranya* tapi yang pastinya muka mereka , muka tak bersalah.
Cehh, jangan telan dengan muka kesian ini.
Plus, saya dah tak da kelaratan untuk meletakkan gambar mat rempit di laman saya, sebab asyik-asyik cakap pasai mat rempit mesti gambar dia ni
Aik? Letak jugakk, tapi hat ni special edition sikit la no pasai import mak cik belakang tu,
Baguiiih, lain hang jatuh kepala mak cik tu yang pecah dulu
Tengok! Risiko merempit ni bukan sekadar membahayakan ke atas si perempit ini, malah ke atas pembonceng, pemandu kereta sebelah, si penangkap gambar ini dan jugaaa,,,, saya sendiri kerana menulis berkenaan perempit ini. Risiko besar!
Analoginya macam rokok lah,
buat pi lah macam mana pun slogan, still ada lagi yang merokok kan
Sama ja laa dengan rempit, kerajaan penat2 je buat kempen, Masjid pun bertungkus lumus buat kempen Jom Pi Masjid dan juga pihak media pun bersusah payah kerah keringat buat filem tentang mereka demi kesedaran mereka daripada dibuat enaknya okzoz, ehh ekzos kott yang kotor.
Canang pi lah kot mana pun ayat-ayat untuk sedarkan mereka.
Ingatlah orang tersayang
Belia Benci Rempit
Rempit Membawa Malang
Eh,adaka slogan ketiga tu. tak paa, kalau tak wujud g biar saya yang wujudkan. memang betul pun kan?
MASIH ADA LAGI HARAPAN UNTUK BERUBAH
Everyone deserves a chance, not A CHANCE but CHANCES ! Trust me. Kepada anda dan anda yang sedang membaca karya ini yang terlibat dengan kancah ini atau kancah durjana yang lain sekali pun, anda perlu sedar bahawa anda tak perlu hipokrit untuk terus membohongi diri anda dengan membiarkan diri anda terus berada dalam sangkar itu.
Tak susah untuk berubah. SAMA ADA ANDA MAHU ATAU TIDAK.
Kalau bukan sekarang, bila lagi?
Kalau bukan anda yang mula, siapa lagi?
Kalau bukan kerana diri anda, kerana siapa lagi?
Fikir-fikirkan. Anda sudah tentu tidak mahu hidup anda ditamatkan sebegini rupa
mungkin lebih dahsyat daripada ini....
Treat your life blissfully because that's what life for
0 SAY WHAT!?:
Post a Comment