Kekuatan penuh wira dan wirawati Kem Sintok Universiti Utara Malaysia Kumpulan 1/ Siri 8/ 2011 seramaia 381 orang siap untuk Majlis Perbarisan Penutup, Tuan!
Terima Kasih, Tuan! Sambil tangan jatuh ke bawah selepas tabik
(bayangkan dengan muka penuh rasa betul dah apa yang cakap tadi, dan mengharap tak da teguran dahh)
"Kau silap tu, bukan Majlis Perbarisan Penutup, siap untuk diperiksa laah" "Tak pa, kau cakap dah,"
"ERRRK, maaf Tuan" =.= muka seposen ......
****
So, these are the some of the last words that I spoke during my last days at the camp. Oh, so meaningful. Never gona forget the memories there.
Huhuhu
Saya fikir , fikir dan fikir , dan fikir (dah jadi ahli pemikir ke ?) selalunya insan-insan yang keluar dari PLKN, maksud saya, selamat bergraduasi dari Program Latihan Khidmat Negara, pasti akan girang, tersenyum riang dan menyanyi riang. Ehh, tapi kenapa ja ramai menangis masa hari last tu eh ? *cehh, tanya macam laaa dia tak nangisss*
HAHA LOLx . Okay, hakikatnya, ramai sedih sebab terpaksa berpisah dengan kawan-kawan walaupun baru kenal tak sampai 3 bulan. Tiga bulan ni laa masa yang lama jugak, kalau kawin boleh mengandung dah. *gatai nyaaa*, err. kalau tanam pokok, hasilnya pun nak nampak dahh. Tidur sebantal, mandi se kolah, makan semeja, beratur satu line, minum secawan, kawad sepadang, kena marah sesakit telinga, dan bermacam-macam 'se' yang sekaum kerabat dengan nya.
Sungguh, kira lepas pulang ke rumah masing-masing, masing-masing dengan haluan sendiri, tapi dekat dahi dah kena cop, "BEKAS PELATIH PLKN". Yalah, memang lah tak dak cop mohor Duli yang Maha Mulia kat dahi kami ni tapi, kalau orang tengok kompem orang tahu laaaaa.
"Asal gelap sangat kau ni ? Kesian aku tengok muka kau"
"Botaknya kepala kau, aku dok kat dalam gelap pun boleh suluh muka aku kat kepala kau"
"Wah, kau jalan dengan tangan-tangan kau paras, kot la ye pun balik plkn, takkan kat market kau nak jalan paras kott"
Ohh, monolog dalaman yang dapat saya zahirkan. HAHA. Tak de lagi laa manusia sekejam ni. Ya, tapi itulah, memang orang akan tahu laaah yang kami ni, EX PLKNian. HAHAH
JADI ! ! ...... *tudia baru nak masuk topik*
SEBAGAI BEKAS PELATIH PLKN yang telah pun LETIH BERKHIDMAT untuk NEGARA di dalam kem selama TIGA BULAN, apa yang perlu anda *ehh, termasuk saya laaa* buat selepas TAMATNYA latihan anda?
Baiklah, ramai orang tak sedar akan hakikat ini. Maksud saya, ramai pelatih itu sendiri yang tak sedar akan hakikat maksud latihan dalam frasa Program Latihan Khidmat Negara. Mengikut Kamus Dewan Milenium terbitan As-Sakeeenah Pub. *jangan cari kat Popular MPH mahupun Kinokuniya*, LATIHAN adalah kata nama *ya sudah tentu* yang membawa maksud, proses untuk belajar dan selepas itu adalah proses AMALAN.
Jadi, LATIHAN > AMALAN ~
Maksudnya, apa yang saya nak cakap, apa yang kita dok letih melatih di dalam kem tak berhenti di situ sahaja, ianya berterusan ! Haaaa, tudiaaaa. Betapa ramai yang antara kita, para pelatih sudah berhenti praktis dengan apa yang kita latih dalam kem.
Bukan lah maksud saya, anda perlu bangun pagi pergi ke halaman rumah, dan lapor kepada penghulu tentang kekuatan kompeni, mahupun, kawad formasi di khalayak ramai di PICC mahupun Tapak Ekspo Pulau Pinang, Sungai Nibong. Tetapi, apa yang dimaksudkan oleh saya ialah,
APA YANG KITA TELAH BELAJAR DALAM KELAS PEMBINAAN KARAKTER, (menampilkan yang terbaik dari dalam diri/ orang lain) BUDAYA KERJA, dan KENEGARAAN
boleh digunakan dalam amalan seharian kita, NAH , lepas pun apa yang nak cakap . HAIZZZ, perlukan mukhaddimah yang meleret agar orang tak salah faham . Jadi harap maklom lah noo.
To be simplified, biar orang kata balik PLKN ni , kita ada perubahan yang sangat POSITIF. Memang lah kita kena jujur, dan tak hipokrit, tapi saya yakin dan percaya bahawa, sekurang-kurangnya pasti ada sekelumit perubahan dalam diri masing-masing.
JADI, buktikan bahawa kita , remaja -remaja yang terlipih ni, errr, mksud saya TERPILIH untuk PLKN ada perubahan yang BISA MEMBANGGAKAN keluarga, masyarakat dan negara.
Jangan pulak, ada yang p seludup M16 hari tu kat padang sasar bawa balik rumah untuk digunakan bagi benteng pertahanan Rukun Tetangga, tahulag semangat, tapi kot ye pun RASIONAL LAH SIKIT :P ahhaha
Mungkin, kalau dahulunya tak hormat ibu bapa, sekarang sudah jadi anak yang soleh, solehah
Mungkin dahulunya liat solat, sekarang boleh jadi IMAM mahupun bilal di masjid, surau terdekat
Mungkin sebelum ini sangat malas kemas bilik tidur, sekarang sudah boleh bukak cleaning service tak pun jadi interior designer kat IKEA lolx *tk masuk topik btol*
MAcam2 mungkin dulu yang teruk, sekarang sudah jadi lebih BAIK dan BERTAMBAH BAIK
YAAAAA Itu yang kita mahu, HASRAT NEGARA TERCAPAI =)
*semangatnya dia ni . . bunyi cengkerik dan semut, hurm ???
Baiklahh, itu sahaja lah perspektif saya, pasti ramai yang setuju *perasan*
EH, saya nampak ada orang angkat tangan laahhh! CAyalah =P
Okay, Ilalliqa' SALAM ALAIK, dan SALAM SATU MALAYSIA
1 SAY WHAT!?:
perkara yang baek ambik dan terus amalkan, yg b'tentangan fhm2 la kan:)
Post a Comment