Stalkers. Bhahaha

Showing posts with label tarbiyah hati. hasrat. Show all posts
Showing posts with label tarbiyah hati. hasrat. Show all posts

Friday, December 30, 2011

Dapat PLKN? JANGAN RISAU - some advices from ex- plknian :) #1

Salamullahialaikum and hi everyone. Moga rahmat Allah sentiasa bersama kita.

So yeah,  I just know that the trainees for 2012 session will start going next Monday. Dah hampir setahun la maksudnya aku pi PLKN ni. Masha Allah, sat nya masa berlalu.

I was thinking before to update my blog about some of my thinking on PLKN. Tapi, sibuk teramat sangat dekat Matrikulasi ni. Semester Dua penuh dengan esainmen yang berbagai -__- penat sangat sangat sangat teramat.

dan juga bermacam masalah melanda. Ujian itu ini, Begitu , begini.

" Laa yukallifullahu nafsan illa wus'aha " 

SO okay, lets cut it and start the REAL topic of this post


SEBELUM PI PLKN DULU..

cuak teramat-amat. You know, sebelum ni dok dalam pagaq sekolah ja, dalam asrama pulak. Hidup bersosial pun dengan sama sendiri ja lah. SPM SPM SPM , BUKU BUKU BUKU, KERTAS KERTAS KERTAS. 

Masa dapat tau dapat PLKN, menangis teresak -esak. Because I DONT WANNA GO! Dengaq segala bagai cerita orang,


PLKN teruk,
pakai baju hangat,
campuq laki perempuan lah
kena tuck in tudung dan baju
kena pakai baju yang depa bagi
sosial gila~~


SO yeah, my dad sangat menggalakkan aku untuk pergi , cause he said, its time for me to stay outside the box. Dah LIMA tahun  kat Bumi Irshad, dengan didikan agama dan segalanya untuk lengkapkan diri. So it s the time to bertebaran .

My mum was worried extremely, boleh ka aku ni survive, cause I was not that type - u knw, social life nowadays. And , sekolah agama mana ada kaum lain , dan agama lain selain Melayu dan Islam ~

dan aku pulak, berbahagi diri, patut ke aku pi? atau larikan diri?

amek STAM ? 
amek sijil apa?
and orang buat lawak,,,, kahwin 


Sebelum pi, memang macam macam persiapan aku buat, baca buku itu dan ini. Get myself prepared untuk kot2 la ada orang ajukan soalan ini dan itu. Ya lah, I'm a muslim. Lots of questions akan orang tanya.

aku belajaq sikit2 mandarin kat youtube :) syok syok syok. And i searched some tips on PLKN kat google. ada la yang membantu.


Wednesday, May 18, 2011

Bila hilang seketika

Assalamualaikum warahmatullah,

Dulu masa sedang sibuk -sibuk dengan persiapan SPM , kalut dengan timbunan kertas peperiksaan , jam berdetik yang menghambat untuk berperang di medan dewan, banyak ja idea - idea mencurah untuk dunia penulisan.

Adui, sungguh manusia. Apa yang ada , jarang disyukuri, apa yang tiada sering dirisaukan -Raihan, Antara Dua Cinta


Dengan rasa nak update blog setiap hari, idea pembikinan videonya, penulisan cerpennya, semangat dakwahnya, Nah, sekarang bila ada masa ? Tak guna pula! Ish, manusia nian kau ni!

***
Saya sebenarnya , (nak bagi singkat kemelalutan ini ) banyak berfikir dan mencerna bahan-bahan ilmu, dan mula membiarkan ruang blog saya terbiar, terhabuk, terdianaktirikan, hehehe, kerana saya merasakan saya seperti tak cukup ilmu dan hendak dibandingkan dengan blog- blog orang lain?

Siap ada , hadis, dalil Al-Quran, petikan kata-kata Tokoh Islami mahupun yang bukan. Saya? Ahh, malu do camni ~ Tetapi dalam keadaan begitu juga, saya sedar , kalau bukan sekarang mula? BILA LAGI? Tunggu dan tangguh itu adalah pencuri masa!

Buku Menjadi Teman
Saya belakangan ini, sejak pulang dari PLKN, ada beberapa elemen yang saya ketemui, yang saya takkan dapat di dunia SMKA, saya analisa dan fikir, dan Alhamdulillah, saya ketemui bahan -bahan bacaan yang sahabat saya cadangkan,.

Terima Kasih , Adilla , Syaza atas saranan, dan perbincangan kalian ! Saya kagum , oh begitu jua dengan Amal Madihah :)

Novel Perbandingan Agama yang pertama kali pernah saya ada. Pertama kali , diperkenal oleh Adilla dalam keadaan begini ,

dan kulit yang terbaru barangkali lebih menarik dan tidak menyeramkan? Haha, mungkin. Pendapat peribadi sahaja.

Sudah lama saya cari sejak saya nampak Syaza pegang semasa saya ketika Tingkatan Dua, dan akhirnya saya ketemu! Syukur, Allah menyampaikan hasrat saya untuk pergi ke Pesta Buku Pulau Pinang hari itu, dengan ajakan Adilla si ulul albab :)

Peminat Maria boleh teruskan dengan pembacaan ceritera benar Isabella . Saya kagum benar dengan Isabella, dan saya teringin benar menjadi seperti dia, Seteguh akidahnya. Allahuakbar. P/S = gambar wanita itu bukanlah beliau, hanya hiasan semata-mata :P

Pada mulanya, saya sudah nampak banyak kali novel ini di toko buku tapi keliru hendak beli atau tidak, kerana saya dahulu rasa kecewa sedikit dengan novel indonesia . Tetapi sangkaan saya ternyata meleset!
PM , a.k.a Pondok MADANI adalah sekolah idaman saya. Walaupun belum habis baca lagi, saya sudah boleh katakan novel ini 6 bintang ! , haha, suka hati saya ja ~ tapi sungguh, wajar dibaca.

NAH, sebuah lagi buku yang selama ini saya tercari-carikan, Alhamdulillah, ketika itu saya cari Isabella tapi jumpa Ahmad Deedat . La ba'sa., hikmah hikmah . Tatkala baca ini, perlu cerna, hadam dalam, niat agar akidah terteguh menjadi muslim sejati bukan munafik dalam hidup. Ameen. Tapi saya belum cukup  bersedia , sengaja saya baca dahulu Negeri 5 Menara, untuk santai dulu. Ternyata N5M pun tak bisa santai juga, tetap menyental , mencanai akal ini.

ingat tk nak beli dah , tiba- tiba kulit buku ini menyentap mata saya untuk bawanya ke kaunter bayaran. saya beli juga ~

MENCARI JAWAPAN
Gabungan isi-isi bahan ilmiah semua ini sangat menjawab segala persoalan benak saya dan begitu menyokong prinsip hidup saya. Subhanallah, dalam mencari - cari , Engkau hadiahkan jawapan dengan pelbagai cara.

"Islam shouldn't be asked , the answers are always there! " - Syaza

Kita mencari, kita akan jumpa. Orang yang tak cari , dia takkan jumpa. Wallahua'alam

p/s = beli dan miliki buku-buku di atas ! Tak rugi dunia apatah lagi akhirat.

Setakat ini dahulu, pena berhenti di sini. Ilalliqa' salam alaik

Friday, March 18, 2011

Ada Apa Lepas PLKN?

Assalamualaikum, Tuan!
Kekuatan penuh wira dan wirawati Kem Sintok Universiti Utara Malaysia Kumpulan 1/ Siri 8/ 2011 seramaia 381 orang siap untuk Majlis Perbarisan Penutup, Tuan!

Terima Kasih, Tuan! Sambil tangan jatuh ke bawah selepas tabik

(bayangkan dengan muka penuh rasa betul dah apa yang cakap tadi, dan mengharap tak da teguran dahh)

"Kau silap tu, bukan Majlis Perbarisan Penutup, siap untuk diperiksa laah" "Tak pa, kau cakap dah,"

"ERRRK, maaf Tuan" =.= muka seposen ......

****

So, these are the some of the last words that I spoke during my last days at the camp. Oh, so meaningful. Never gona forget the memories there.
Huhuhu

Saya fikir , fikir dan fikir , dan fikir (dah jadi ahli pemikir ke ?) selalunya insan-insan yang keluar dari PLKN, maksud saya, selamat bergraduasi dari Program Latihan Khidmat Negara, pasti akan girang, tersenyum riang dan menyanyi riang. Ehh, tapi kenapa ja ramai menangis masa hari last tu eh ? *cehh, tanya macam laaa dia tak nangisss*


HAHA LOLx . Okay, hakikatnya, ramai sedih sebab terpaksa berpisah dengan kawan-kawan walaupun baru kenal tak sampai 3 bulan. Tiga bulan ni laa masa yang lama jugak, kalau kawin boleh mengandung dah. *gatai nyaaa*, err. kalau tanam pokok, hasilnya pun nak nampak dahh. Tidur sebantal, mandi se kolah, makan semeja, beratur satu line, minum secawan, kawad sepadang, kena marah sesakit telinga, dan bermacam-macam 'se' yang sekaum kerabat dengan nya.

Sungguh, kira lepas pulang ke rumah masing-masing, masing-masing dengan haluan sendiri, tapi dekat dahi dah kena cop, "BEKAS PELATIH PLKN". Yalah, memang lah tak dak cop mohor Duli yang Maha Mulia kat dahi kami ni tapi, kalau orang tengok kompem orang tahu laaaaa.

"Asal gelap sangat kau ni ? Kesian aku tengok muka kau"

"Botaknya kepala kau, aku dok kat dalam gelap pun boleh suluh muka aku kat kepala kau"

"Wah, kau jalan dengan tangan-tangan kau paras, kot la ye pun balik plkn, takkan kat market kau nak jalan paras kott"

Ohh, monolog dalaman yang dapat saya zahirkan. HAHA. Tak de lagi laa manusia sekejam ni. Ya, tapi itulah, memang orang akan tahu laaah yang kami ni, EX PLKNian. HAHAH

JADI  ! ! ...... *tudia baru nak masuk topik*

SEBAGAI BEKAS PELATIH PLKN yang telah pun LETIH BERKHIDMAT untuk NEGARA di dalam kem selama TIGA BULAN, apa yang perlu anda *ehh, termasuk saya laaa* buat selepas TAMATNYA latihan anda?

Baiklah, ramai orang tak sedar akan hakikat ini. Maksud saya, ramai pelatih itu sendiri yang tak sedar akan hakikat maksud latihan  dalam frasa Program Latihan Khidmat Negara. Mengikut Kamus Dewan Milenium terbitan As-Sakeeenah Pub. *jangan cari kat Popular MPH mahupun Kinokuniya*, LATIHAN adalah kata nama *ya sudah tentu* yang membawa maksud, proses untuk belajar dan selepas itu adalah proses AMALAN.

Jadi, LATIHAN > AMALAN ~

Maksudnya, apa yang saya nak cakap, apa yang kita dok letih melatih di dalam kem tak berhenti di situ sahaja, ianya berterusan ! Haaaa, tudiaaaa. Betapa ramai yang antara kita, para pelatih sudah berhenti praktis dengan apa yang kita latih dalam kem.

Bukan lah maksud saya, anda perlu bangun pagi pergi ke halaman rumah, dan lapor kepada penghulu tentang kekuatan kompeni, mahupun, kawad formasi di khalayak ramai di PICC mahupun Tapak Ekspo Pulau Pinang, Sungai Nibong. Tetapi, apa yang dimaksudkan oleh saya ialah,

APA YANG KITA TELAH BELAJAR DALAM KELAS PEMBINAAN KARAKTER, (menampilkan yang terbaik dari dalam diri/ orang lain) BUDAYA KERJA, dan KENEGARAAN

boleh digunakan dalam amalan seharian kita, NAH , lepas pun apa yang nak cakap . HAIZZZ, perlukan mukhaddimah yang meleret agar orang tak salah faham . Jadi harap maklom lah noo.

To be simplified, biar orang kata balik PLKN ni , kita ada perubahan yang sangat POSITIF. Memang lah kita kena jujur, dan tak hipokrit, tapi saya yakin dan percaya bahawa, sekurang-kurangnya pasti ada sekelumit perubahan dalam diri masing-masing.

JADI, buktikan bahawa kita , remaja -remaja yang terlipih ni, errr, mksud saya TERPILIH untuk PLKN ada perubahan yang BISA MEMBANGGAKAN keluarga, masyarakat dan negara.

Jangan pulak, ada yang p seludup M16 hari tu kat padang sasar bawa balik rumah untuk digunakan bagi benteng pertahanan Rukun Tetangga, tahulag semangat, tapi kot ye pun RASIONAL LAH SIKIT :P ahhaha

Mungkin, kalau dahulunya tak hormat ibu bapa, sekarang sudah jadi anak yang soleh, solehah

Mungkin dahulunya liat solat, sekarang boleh jadi IMAM mahupun bilal di masjid, surau terdekat

Mungkin sebelum ini sangat malas kemas bilik tidur, sekarang sudah boleh bukak cleaning service tak pun jadi interior designer kat IKEA lolx *tk masuk topik btol*

MAcam2 mungkin dulu yang teruk, sekarang sudah jadi lebih BAIK dan BERTAMBAH BAIK

YAAAAA Itu yang kita mahu, HASRAT NEGARA TERCAPAI =)

*semangatnya dia ni . . bunyi cengkerik dan semut, hurm ???

Baiklahh, itu sahaja lah perspektif saya, pasti ramai yang setuju *perasan*

EH, saya nampak ada orang angkat tangan laahhh! CAyalah =P

Okay, Ilalliqa' SALAM ALAIK, dan SALAM SATU MALAYSIA