Stalkers. Bhahaha

Tuesday, April 26, 2011

ANA BERSYUKUR TAK TERHINGGA DAPAT JOIN HIMEGA! (maafkan dengan caps lock, teruja sangat)

Bismillahirrahmanirrahim,
Salamullahialaikum warahmatullahiwabarakatuh ,



Baiklah, ana baru pulang dari Kem HIMEGA anjuran Haluan Siswa di UIA bermula dari 22-24 April bertempat di Main Auditorium KAED (laaaaaa, semuanya dah tertera di atas ni , buang karen kot tulis) 

Hhhee, maafkan ana, rasa macam dah tak reti nak buat opening untuk post guane dah, otak penulis lama tak perah. Asyik dok peram, buka laptop tau nak Facebook ja (astaghfirullah) . Ala Kulli hal, lepas balik balik dari himega tersaa hamasah semacam , walaupun hanya TIGA HARI DUA MALAM, rasa pengalaman macam TIGA BULAN , lebih terkesan dari PLKN ana rasa :) hehhhe~

Yang paling ketara , kem ini sangat mementingkan iktilat antara brothers and sisters, *gelaran untuk kami* , kumpulan kumpulan tak bercampur dengan brothers, fuhh lega~ kurang maksiat dan dosa kering.

Jadi, ana rasa nak kongsi sikit2 yang mana penting laah, terutamanya, slot2 yang disajikan, sebab kalau tulis panjang2 kome malaih nak bacenye pulok, sian teman :) haha

Biasalah, mula2 ada ta'aruf,  kumpulan ana dapat fasi yang sangat ana kagum iaitu sister Siti Atiqah Binti Ismail

rasa macam nak biarkan gambar ceritakan segalanya ~ :)

semasa ta'aruf, ketika ni tak bahagi kumpulan g, tapi ana tau dia bakal faci ana :) yeahhhhhh
memang kagum dengan beliau, sangat bijaksana dalam berkata-kata 


kumpulan ana lepas ta'aruf dan tazkirah di Masjid UIA , sempat juga kami baca Al-Ma'thurat dan Doa Rabitah Hati.

Jadi, usai solat isya' jemaah , kami semua bergegas pula ke Main Audi KAED untuk SLOT 1, Perasmian Pembukaan 'Alim Mujahid'


haaa
meh nengok video ni~

Jadi, program untuk hari itu, tamat dalam pukul 11.30 malam, haaaaaaaaaaa, kena berjalan dari KAED ke Mahallah, memang aktivii 'fizikal' yang cergas! seronok~ :)

Hari Kedua pula, pengisian yang pelbagai, SLOT 2 : 'Jiddiyah dan Iltizam' oleh Ustaz Noorkhairan bin Nordin.
 kita mesti cemerlang 2-2, akademik n tarbiyah. dah masuk U nnt, jgn lupa join program2 tarbiyah..
kata ustaz lagi,
Islam adalah sesuatu yang hebat, memerlukan karakter yang hebat
Memang terasa 'tertampar' dan perlu akan jiddiyah dan iltizam dalam mengorak langkah di IPT nanti! "kita bukan bawa imej kita sahaja, tapi imej islam itu sendiri T_T"

kata ustaz lagi, 
Bekerjalah kerana Allah Taala. milikah semangat yang tinggi dan berpegang teguhlah pada janji Allah

in the surau Mahallah Maryam :) sangat selesa
oh , sebelum tu, pagi tu selepas subuh ada, tazkirah subuh, kak ni ya ALLAH, sister ni nama ana terlupa~ ishhh, sister ni cerita mengenai srikandi islam yang ada senama dengan nya , atau lebih dikenali sebagai Ummu Sulaim, sangat berjiwa kental dan berani dalam menegakkan Islam, (banding dengan diri ana yang sangat kerdil, nak tahajud pun T_T)
okay, sambung balik,slot 3; mahasiswa mukmin cemerlang, oleh Dr. Noraini Ismail~


sangat impresss dengan beliau, kagum tahap synttax error,

kamera handset tak bisa nak fokus dekat2 harap maklum -.- v


 ‎"mukmin yg berjaya adalah mukmin yg berjaya menemui jalan pulang. pulang ke syurga, asalnya sendiri dr syurga "

 ohh yaa, sebelum memulakan aktiviti kami, pasti kami akan 'praise and worship' the One and Only , Allah by reciting the Asma' Ul Husna 
dan juga lagu tema kami ini!~




haaaaa, semasa SLOT FUTURE JOB PROSPECT, ADALAH dibahagikan kepada beberapa 'booth' mengikut kerjaya apa kita nak pada masa depan nanti, instead of going to the booths, sebab ramai gile ana sembanga ngn kak faci ana, BANYAK SANGAT INPUT ohhh~ :)

terima kasih kak, kak tolong ana banyak sangat :') moga ukhwah fillah ila jannah 

semasa itu juga, ana baru tahu, yang kak tiqah, just one year older than me, sukar nak dipercayai!! ! matang gile kotttttt

Keesokannya, slot 7; forum mahasiswa, terdiri daripada penalis2 yang hebat Bro. Mohd Zamri, Bro. Mohd. Imran, Sis Nazihah dan Sis Zakirah


pengalaman mereka masing- masing dalam memegang janji sebagai Alim Mujahid , begitu membuatkan ana rasa berkobar kobar mengikut jejak mereka, walau di usia muda, pemikiran mereka sangat ke hadapan!
wahhhh

SLOT 8; 'akademik dan dinamik' gempak habisss aaa
masha ALLAH :) daripada ustaz Azizan 
Mana kita pergi, Islam di hati, hanya Allah tujuan
dan bawah ni, some of the videos yang digabung jadi satu video untuk penutup, tapi tak dapat cari kat utube, huhuhhuhu.





eh333, ada laaaa



baiklah, panjang post ana, takat ini ja laah ana mampu ~ :) ilalliqa' !

2 SAY WHAT!?:

Diyanah said...

kak tu namanya RUMAYSA!!! sbb i like that name~ srikandi rumaysa milhan! xD

himega best best best

As-Sakinah © said...

HAAAA, thank you thank you fr reminding!
RUMAYSAAAAAA!
sedap sedap sedap

syaza, dah bukak balik blog ke tak g?