Stalkers. Bhahaha

Wednesday, July 25, 2012

Setelah Hampir 2 Tahun Tinggalkan Al-Irshad..



2 tahun mungkin seperti sekejap sahaja bunyinya. Tetapi apabila ia melibatkan peninggalan atau perpisahan kita dengan sesuatu atau sesiapa, sehari pun sudah cukup banyak yang berlaku. Dan serapat mana pun kita dengan seseorang itu di sekolah dahulu, kita akan ketinggalan mengenai setiap berita sahabat kita itu kerana jarak memisahkan walaupun kita pernah berjanji untuk "keep in touch" dengan dia.
Serapat mana, kita tetap akan tinggalkan dan ditinggalkan. Sungguh, pengalaman saya selama hampir dua tahun jauh dari Bumi Irshad banyak mengajar saya. Sebelum PLKN, semasa PLKN, selepas PLKN, sebelum ke Matrikulasi, semasa di Matrikulasi, selepas Matrikulasi dan sekarang, menunggu untuk ke Degree. Lihat, banyak sebenarnya fasa kehidupan yang telah saya alami. Banyak perubahan yang saya lihat apatah lagi yang saya sendiri alami.

Betapa sesungguhnya kadang-kadang saya sedih melihat diri saya sendiri, saya pernah mengambil langkah drastik untuk terus membuang akaun Facebook lama saya kerana pergaduhan saya bersama seorang sahabat.  Saya sengaja menghilangkan diri daripada semua sahabat. Uzlah kata hati saya. Kerana amarah yang membuak-buak, saya tidak memikirkan ukhwah saya dengan sahabat-sahabat yang lain. Saya rasa seperti hendak meninggalkan semua dan lari dari tempat ini. Mahu sahaja ke suatu tempat yang baru dan mulakan kehidupan saya di tempat yang tiada siapa pun tahu siapa saya.

Lama kelamaan saya sedar, hidup saya bukan untuk dia. Hidup saya untuk DIA. DIA yang wujudkan saya. Saya dapat merasakan pelbagai perkara yang saya hilang, saya hilang arah, saya hilang panduan, saya hilang tujuan. seperti kehilangan sesuatu yang sangat besar dalam hidup saya. Lama juga untuk saya bangun dari ketidaksedaran ini. Saya rasa saya rindukan sesuatu yang sangat bersemangat dalam perjuangan, yang tidak gentar untuk berjuang. Ya, saya rindu itu, itu lah diri saya. Saya yang dahulu.

Saya sedar diri saya selepas itu, tidak sekuat dahulu, kerap sedih entah sebab yang tidak langsung kukuh, sedih tak pasal-pasal. sedih kerana ditinggalkan oleh seseorang yang sangat saya sayangi dan penting dalam diri saya. Tetapi Allah Maha Menyayangi hambaNya, DIA tak pernah tinggalkan saya. DIA datang kepada saya setiap kali saya pergi kepadaNya walaupun saya pergi dengan merangkak.

Banyak yang saya terokai. Seringkali apa yang saya baca dan terjumpa semuanya seakan tuju kepada saya. Terutama sekali dengan kata-kata Yasmin Mogahed. Subhanallah, titisan air mata mencurah-curah, mengingatkan di mana diri saya ketika itu. Di mana kebergantungan diri saya sebelum ini. 

Antara mutiara katanya yang saya tanamkan dalam benak saya, "There is no other door that we should attach our heart to except Allah's door." Kerana tiada dalam dunia ini yang lestari, hanya Dia sahaja. Yang lain, semua akan pergi, termasuk kita. Semuanya akan mengecewakan kita, melainkan Dia sahaja. "Our heart wants something to attach, something that is last long and can fulfill our need and satisfaction, but there is no creature that can do such, even our lover, our best friend or anyone else. Allah is the One. He creates us, of course He knows and understands what we want. Go to Him."

Tapi, jangan marah atau seperti sedih terlampau akan sesuatu yang berlaku dalam hidup kita, itu lah pengajaran. Insaf akan perkara itu dan berazam untuk menjadi yang lebih baik dari sebelum itu. Bangun dari kekalahan. Bangun dan usaha untuk memperbetulkan segalanya. Allah menilai semua itu, Allah akan membalas semuanya. 

To all those broken or hopeless, I have learned this: 
Be grateful for every single person who was part of your story. The ones that hurt you. The ones that helped you. The ones that came, and the ones that left. They all taught you. Don't think for a moment that any of it was random. There are no oversights with God. Only perfectly crafted chapters in each unique journey. - Yasmin Mogahed

Dan setiap apa yang berlaku di dunia semuanya ada hikmah, tiada yang tiada sebab. Allah wujudkan sesuatu semuanya ada sebab tersendiri, Dia Paling Mengetahui, terbatas pemikiran kita. Allah hadirkan seseorang, sesuatu ke dalam hidup kita, sebenarnya ada sesuatu yang ingin Allah sampaikan. Disebabkan Allah bukan makhluk, cara penyampaian Allah kepada kita lain dari mahklukNya. 

Berdoalah kepada Dia, agar kita tak jauh dari jalan lurusNya. Dunia memang penuh dugaan tetapi ingatlah kemanisan yang kita akan kecapi di sana. yang tempohnya adalah buat SELAMANYA. Allahu Akbar. Allahu Akbar.




 Sepanjang ketiadaan saya di Facebook dan blog, saya banyak menyendiri dan mencari fikrah di Twitter dan Tumblr, saya bertukar arah, untuk berfikir di luar itu, banyak pendakwah Islam antarabangsa yang saya ikuti di Twitter. Mereka sangat memberi inspirasi dan motivasi, saya suka keadaan itu. Allahu Allah, Allah benar takkan biar kita menyediri. Dia lebih dekat dari nadi kita. 



0 SAY WHAT!?: