Stalkers. Bhahaha

Showing posts with label diri. Show all posts
Showing posts with label diri. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

A rambling post. Read it if you want.

So, semester two just started three days ago. The timetable is so packed and full which classes all start from 7 AM and end at 4 PM. What Im gonna say is I just hope that this semester will be nicer and more productive than before. This may sound too typical but yeah, I do hope this. Bukan apa, last semester aku asyik nak demotivate ja. Kali ni, aku rasa tak mau dah la perangai lagu tu. I mean like, demotivation is something that will just ruin your life & will make you even feel down. And tiring. Kan? Penat kan asyik dok demotivate ja. Negative vibes kot weh. Memang ah akan memberi signal yang tak berapa sihat utk hidup. So, yeah, aku janji pada diri aku kali ni, even I am so damn tired or apa-apa perasaan yang negative, I m gonna suck it up like a sir. Haha. Idk what I mean by like a sir. But one thing is, like a sir means classy and cool. Itu prinsip aku. Ahaha.

Okay, aku tulis blog macam bajet ada orang nak baca. Lulz gila aku. 

So yeah, selama masuk 4 hari kelas berjalan, hari 1 - 3 aku rasa dah yang aku boleh istiqamah dengan azam aku nak keep being positive, tup tup mai hari ni aku rasa penat yang amat; rasa nak tidoq, rasa tkmau fokus dan rasa macam nak curse everything out. Tahu tak kenapa. Nak tahu? Hah, meh la baca lagi tulisan aku di bawah ini. Teruskan membaca.

Air kat rumah aku still sucks. Hari tu cuti semester, tuan rumah aku ada dah panggil plumber mai pebetui apa yg tak pebetui. Awai2 aku sampai hari tu okay ja, mai hari 3 aku dok syok dengan kelas, air buat masalah pulak. Dush, macam asdfghjkl lagi. 

"Alah, masalah air ja pun, chillax ah. Yg tu pun nak emo. Duh,"

Wei, tahu dak bila air bermasalah segala akitiviti yang lain pun akan bermasalah jugak?! Ah man, mohonlah mengerti.  Bila air takda tahu tak aktiviti membasuh baju jua terbantut? Dan tahukan anda nak berak kencing pun payah? Nak apa lagi... Hah! Semua semua yang berkaitan dengan air lah. 

Aku nak rant on pun jadi malas sebab aku tahu jarang ada orang yang nak paham dengan masalah aku. Kalau paham pun apa boleh  buat, cuma nasihatkan supaya diri ini bersabar ja lah. But yeah, still I need words from sahabat-sahabat cause this is how I can stay strong and positive so do stay please don't ever leave me. Ewaaah.

Cara aku tulis post pun macam tak da pola tapi peduli apa pulak aku, nak jadi satu cerita pulak aku nak lakarkan pola cerita sebelum aku tulis post. Makan masa lagi, buang tenaga lagi. Aku menulis bila masa aku nak dan perlu ja. Mostly bila masa aku rasa macam seteres. Ahah, yeah. Ampunlah, mungkin kalau ada di antara kalian hendak cari motivasi di laman ini, mungkin anda tersilap laman. Sila alt F4. Sekian terima kasih, harap maklum.

Kedua, aku rasa macam nak cerita pasal...hm. Pasal irrelevance yang usually berlaku kat sini. Dulu aku rasa aku tak mampu nak tanggung ketidakrelevan yang macam-macam kat sini. Bila aku dah habis satu sem, tiba- tiba aku rasa macam kagum pulak dengan diri aku sendiri. Lol. Bukan nak riya' weh but people cmon hampa cuba mai dok sini, tak semua boleh tahan kot! 

Memang masa aku dalam sem 1 kerap kali aku terfikir apa betul aku ni ambil degree kat sini and yadda yadda, kerap kali aku terfikir aku nak stop studying here but many things and people prevented me from doing so. 

Ketiga, aku rasa macam nak cerita pasal... aha, pasal diri aku yang sekarang ni mungkin tak sama macam dulu. Sorry guys if you found me so different right now compared to before. Mungkin dulu, ada sesetengah daripada hampa semua ada yg mungkin jadikan aku sebagai role model dalam sesuatu (eceh perasan) (tak, sungguh ni). Cause bukan apa, cause sometimes I feel like I am letting some other people down, frustrated with myself.

Aku tak se"solehah" yg lain, that you guys can find like Aisyah Syakirah or Diana Bahrin or Angel Pakai Gucci's owner or sesiapa ja lah. Idk why and what turned me to this current me. Aku cakap terus terang eh. Mungkin aku tak pakai tudung bulat bidang 60 like you expect some lepasan sekolah agama and some girls who are or were involving in kerja da'wah. I'm still wearing a hijab of course cuma, not that big. Still covering what I need to cover. Aku pakai sneakers pi kelas. Selalu berseluar dan  prefer to wear shirts. And nowadays I prefer to wear shawl or pashmina. And once again I reckon, I'm still covering what I need to cover.

Kenapa aku cakap macam ni. Aku tak mahu org yg pandang aku selama ini berubah pandangan. I mean like I am still me. Maybe I become more me now. And ada juga sesetengah insan yang kenal aku said that I'm different. Cause appearance aku macam 'ranggi' mungkin but no guys, just because people who are "islamic" dont wear like I do doesn't mean that I am not good. I am not saying that I am an angel or what but cmon guys, islamik tak semestinya terletak pada pakaian. Tak semestinya hanya yang berserban, tudung bulat bidang 60, berjubah atau yang berpurdah yang berpeluang mendapat title "baik" in the aspect of Islam.

As long as the outfit is according to what Allah had said, whats wrong with wearing it right? Modesty pun penting juga dalam prinsip Islam kan? And why do you have to make it hard? Kalau rasa selesa utk pakai tudung turki, atau syria atau pashmina with sneakers to cover yr aurah, go on lah kan. As long as the guidelines are there right?

Just saying guys. I want to make things clear. That's all. Alala. Apa aku merepek ni, pointless as usual. 

That's all I think. Salah silap harap dimaafi. Islam is for all. Moga kita husnul khatimah menjadi milik kita. Salaam alaik.

Outro - Adik Remaja by Raihan.

Wednesday, July 25, 2012

Setelah Hampir 2 Tahun Tinggalkan Al-Irshad..



2 tahun mungkin seperti sekejap sahaja bunyinya. Tetapi apabila ia melibatkan peninggalan atau perpisahan kita dengan sesuatu atau sesiapa, sehari pun sudah cukup banyak yang berlaku. Dan serapat mana pun kita dengan seseorang itu di sekolah dahulu, kita akan ketinggalan mengenai setiap berita sahabat kita itu kerana jarak memisahkan walaupun kita pernah berjanji untuk "keep in touch" dengan dia.
Serapat mana, kita tetap akan tinggalkan dan ditinggalkan. Sungguh, pengalaman saya selama hampir dua tahun jauh dari Bumi Irshad banyak mengajar saya. Sebelum PLKN, semasa PLKN, selepas PLKN, sebelum ke Matrikulasi, semasa di Matrikulasi, selepas Matrikulasi dan sekarang, menunggu untuk ke Degree. Lihat, banyak sebenarnya fasa kehidupan yang telah saya alami. Banyak perubahan yang saya lihat apatah lagi yang saya sendiri alami.

Betapa sesungguhnya kadang-kadang saya sedih melihat diri saya sendiri, saya pernah mengambil langkah drastik untuk terus membuang akaun Facebook lama saya kerana pergaduhan saya bersama seorang sahabat.  Saya sengaja menghilangkan diri daripada semua sahabat. Uzlah kata hati saya. Kerana amarah yang membuak-buak, saya tidak memikirkan ukhwah saya dengan sahabat-sahabat yang lain. Saya rasa seperti hendak meninggalkan semua dan lari dari tempat ini. Mahu sahaja ke suatu tempat yang baru dan mulakan kehidupan saya di tempat yang tiada siapa pun tahu siapa saya.

Lama kelamaan saya sedar, hidup saya bukan untuk dia. Hidup saya untuk DIA. DIA yang wujudkan saya. Saya dapat merasakan pelbagai perkara yang saya hilang, saya hilang arah, saya hilang panduan, saya hilang tujuan. seperti kehilangan sesuatu yang sangat besar dalam hidup saya. Lama juga untuk saya bangun dari ketidaksedaran ini. Saya rasa saya rindukan sesuatu yang sangat bersemangat dalam perjuangan, yang tidak gentar untuk berjuang. Ya, saya rindu itu, itu lah diri saya. Saya yang dahulu.

Saya sedar diri saya selepas itu, tidak sekuat dahulu, kerap sedih entah sebab yang tidak langsung kukuh, sedih tak pasal-pasal. sedih kerana ditinggalkan oleh seseorang yang sangat saya sayangi dan penting dalam diri saya. Tetapi Allah Maha Menyayangi hambaNya, DIA tak pernah tinggalkan saya. DIA datang kepada saya setiap kali saya pergi kepadaNya walaupun saya pergi dengan merangkak.

Banyak yang saya terokai. Seringkali apa yang saya baca dan terjumpa semuanya seakan tuju kepada saya. Terutama sekali dengan kata-kata Yasmin Mogahed. Subhanallah, titisan air mata mencurah-curah, mengingatkan di mana diri saya ketika itu. Di mana kebergantungan diri saya sebelum ini. 

Antara mutiara katanya yang saya tanamkan dalam benak saya, "There is no other door that we should attach our heart to except Allah's door." Kerana tiada dalam dunia ini yang lestari, hanya Dia sahaja. Yang lain, semua akan pergi, termasuk kita. Semuanya akan mengecewakan kita, melainkan Dia sahaja. "Our heart wants something to attach, something that is last long and can fulfill our need and satisfaction, but there is no creature that can do such, even our lover, our best friend or anyone else. Allah is the One. He creates us, of course He knows and understands what we want. Go to Him."

Tapi, jangan marah atau seperti sedih terlampau akan sesuatu yang berlaku dalam hidup kita, itu lah pengajaran. Insaf akan perkara itu dan berazam untuk menjadi yang lebih baik dari sebelum itu. Bangun dari kekalahan. Bangun dan usaha untuk memperbetulkan segalanya. Allah menilai semua itu, Allah akan membalas semuanya. 

To all those broken or hopeless, I have learned this: 
Be grateful for every single person who was part of your story. The ones that hurt you. The ones that helped you. The ones that came, and the ones that left. They all taught you. Don't think for a moment that any of it was random. There are no oversights with God. Only perfectly crafted chapters in each unique journey. - Yasmin Mogahed

Dan setiap apa yang berlaku di dunia semuanya ada hikmah, tiada yang tiada sebab. Allah wujudkan sesuatu semuanya ada sebab tersendiri, Dia Paling Mengetahui, terbatas pemikiran kita. Allah hadirkan seseorang, sesuatu ke dalam hidup kita, sebenarnya ada sesuatu yang ingin Allah sampaikan. Disebabkan Allah bukan makhluk, cara penyampaian Allah kepada kita lain dari mahklukNya. 

Berdoalah kepada Dia, agar kita tak jauh dari jalan lurusNya. Dunia memang penuh dugaan tetapi ingatlah kemanisan yang kita akan kecapi di sana. yang tempohnya adalah buat SELAMANYA. Allahu Akbar. Allahu Akbar.




 Sepanjang ketiadaan saya di Facebook dan blog, saya banyak menyendiri dan mencari fikrah di Twitter dan Tumblr, saya bertukar arah, untuk berfikir di luar itu, banyak pendakwah Islam antarabangsa yang saya ikuti di Twitter. Mereka sangat memberi inspirasi dan motivasi, saya suka keadaan itu. Allahu Allah, Allah benar takkan biar kita menyediri. Dia lebih dekat dari nadi kita.