Stalkers. Bhahaha

Sunday, April 20, 2014

Tak Apa, Aku Baik-Baik Sahaja

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Hari ini dan semalam merupakan antara hari yang emosional bagi aku. Emosi tak menentu. Terkadang rasa okay, terkadang rasa nak baling semua benda ke dinding dan koyak segala buku.

Stress. Nak kata stress kerana pelajaran. Mungkin ya. Pensyarah tak masuk kuliah. Kuliah kena ganti pada hari lain. Padahal kita dah bangun awal, sengkang mata, kuatkan diri nak mandi dan bersiap ke kuliah jam 7 pagi. Pergi-pergi pensyarah buat 'taik' tak masuk. 

Di sini, biasa sebenarnya kalau pensyarah jenis tak cakap awal-awal yang depa tak akan masuk kuliah. Tak pa. Suka hati depa nak tangguh dan tak masuk kuliah dan bagi orang sakit hati. Tak pa. Maaf apa pun tak ada. Mai-mai ketua kuliah datang, "Kuliah hari dosennya ga masuk."

Stress. Nak kata stress kerana hidup kat sini. Mungkin ya. Tapi aku bersyukur sebenarnya aku lebih selesa di rumah baru ini. Antara nikmat yang tak patut aku kufur. *tepuk belakang sendiri* Alhamdulillah, summa Alhamdulillah.

Stress. Nak kata stress kerana tekanan ibu bapa. Mungkin ya. Dan aku rasa "mungkin" aku ni peratusnya agak tinggi dari "mungkin" aku yang lain. Semalam, aku tidur sambil menangis. Lepas solat, baca Quran. Ambil buku catatan aku yang cedok dari cerita "the Perks of Being a Wallflower" lalu aku tulis. Sambil tulis, sambil menangis. Tak tahan. 

Tak tahan bukan sebab aku tak sayang ibu abah. Aku sayang lah sebab tu aku menangis. Aku tahan diri aku selama ini. Ceritanya semalam lepas aku isi pulsa, terus aku telefon ibu aku. Nak cakap aku bakal join rafting esoknya yakni hari ini.

Aku expect ibu aku akan okay. Macam tahun lepas, aku beritahu ibu aku yang aku bakal join aktiviti tersebut sehari sebelum. Dan tiada banyak soal tahun lepas. Okay sahaja. Tahun ini, lain ceritanya. Sakit, sakit hati ini sebab ini bukan kali pertama rancangan aku ditolak bulat-bulat. 

Mungkin agak tipikal ayat aku lepas ini. Perancangan aku banyak sebelum ini aku batalkan macam tu sahaja sebab aku malas nak bersoal jawab dengan ibu abah aku. Aku bukan tak teringin nak keluar bersama rakan-rakan. Aku mahu. Nak bertukar cerita, nak kongsi pendapat dan semuanya.

Aku nak berdikari. Umur dah nak masuk 21, masih lagi harus ditemani ibu untuk ketemu rakan. Bawa sekali ibu di sisi. Akhirnya bukan aku yang cakap dengan kawan-kawan aku. Tapi ibu yang lebih-lebih kongsi pengalaman dia ke sana ke sini. And it ended up aku diam ja kat situ.

Aku nak bebas berfikir dan bebas membuat keputusan tanpa diefek oleh ibu abah. Macam, serahkan kepada pertimbangan dan ilmu sendiri. Nak raih kepercayaan ibu bapa melalui keputusan aku yang aku bikin sendiri. Bukan keputusan yang dibuat oleh ibu abah semata.

Hidup aku sekarang di sini sebenarnya atas kemahuan ibu abah. Nak sangat tengok anaknya jadi doktor gigi dan belajar di Indonesia. Aku faham dan aku cuba untuk menggalas kemahuan mereka. Walaupun pada dasarnya aku berat nak pilih jalan ini. Dan aku sering beritahu diri aku yang aku boleh hadapi semua ini.

Mereka yang mahu dan aku yang perlu hadapi. Mereka tak tahu betapa beratnya aku nak jalani hidup-hidup aku di sini. Aku malas nak beritahu mereka, nanti mereka risau. Aku malas nak cakap, nanti ibu "Nak ibu pergi sana ka?" Aku malas dan aku malas.

*menangis*

Nak dibandingkan aku dengan mereka yang lain, aku banyak tak buat the in-trend things. Aku tak berkencan, aku tak pakai seksi-seksi dan sebagainya kerana aku sayang ibu abah aku. Aku takmau mereka ditanya Allah nanti kenapa anaknya tak cukup tarbiyah.

Tapi aku rasa kebaikan aku tak dihargai oleh mereka.

Tak apa. Mungkin Allah nak uji keikhlasan aku beribadah. Tak apa. Tak apa. Aku akan baik-baik sahaja.

Insha Allah.

Setakat itu dahulu mungkin. Tiada outro kali ini. Aku sedih sekali. Salam alaik.

1 SAY WHAT!?:

Qhoirun Nisak Abu Bakar said...

Allahu. I am myself crying to read this T.T be strong! Allah will never leave you. Me also :')