Stalkers. Bhahaha

Tuesday, October 16, 2012

Post Ini Tak Ada Tajuk. Baca Baru Tahu.

Ayo Toss!

"Natasha, ayo tos!" mengangkat kedua tangannya tinggi.

*krik krik*

"Loh, orang Malaysia emangnya kek gini ya. Sombong kali..."

"Nggak la Ben, aku nggak bisa. Laki sama perempuan nggak bisa bersentuhan.."

"Bukan orang Malaysia aja Ben... Aku juga." Jihan bersuara dari belakang. Terasa dia punya teman untuk bersuara. Tiba-tiba.

"Oh, maaf ya kalian.." memohon ampun sambil menangkup kedua telapak tangan di depan mukanya.

Fuh. Alhamdulillah. Selamat.


***

begini caranya..
"Oh ya. You all semua anak baru di USU? Ambil apa kat sana?"

"Kami semua FKG, Dato',"

"Oh baguslah, lepas ni tengok gigi orang la ye. Boleh buat free scaling kat saya."

Semua ketawa. Tapi aku pura-pura ketawa. Lame bagi aku.

"So, so far so good? I dulu pun belajar kat sini. UISU. Ambil pengajian Syariah. So I tahu hidup kat sini macam mana. Lepas I ambil syariah, balik Malaysia I pergi ambil diploma bisnes pulak."

"Oh, dato' taknak orang tipu dato' ke?"

"Haha tak lah, I rasa macam perlu je diploma bisnes ni."

*terhenti*

"Anyways, my name is Dato' !@#. You all ada masalah apa2 you all cakap je. UM** kat Medan insha Allah boleh tolong you all." sambil menyua tangan. Cara biasa yang orang korporat lakukan. Ya, biasa tak semestinya betul.

Semua muka seperti tak mahu. Tapi dia sua tangannya betul2 di depan muka. Semua salam dengannya. Sampai ke aku, aku sorok tangan bawah meja."Tak paham lagi ke, aku taknak salam kot..." Dia terdengar omelan hati aku barangkali lalu..

"Hah yang ini, tak boleh salam ke? ."

"Aku rasa tadi macam ada dengar orang tu jurusan Syariah...."

0 SAY WHAT!?: