Belakangan ini banyak kali sebenarnya aku rasa aku menjadi teruk. Teruk dari hari ke hari. Aku rasa aku tak layak nak menjadi daie. Dan lebih layak untuk menjadi mad'u sebenarnya. Ya, dan apabila jadi mad'u itu lebih kepada mad'u yang keras kepala. Tak mahu berubah selagi belum ada bukti yang kukuh, begitu, mungkin.
Aku datang-datang sini, first sekali yang terlintas, lebih kuranglah, aku nak cari port usrah. Mana yang patut aku nak membina diri aku. Aku cuba. Dan alhamdulillah PKPMI ada wujudkan BADAR. Dan di bawah BADAR ada usrah. Syukur aku dengar, dan aku telah mula langkah dengan beranikan diri sembang-sembang dengan orang kuat BADAR. Kak Afiqah, Kak Dini dan lain-lain.
Bersyukur Allah ketemukan mereka dengan aku. Eh, aku dengan mereka. Ah sama saja kan. Hmm. Tapi setakat ni, aku belum attend mana-mana usrah melainkan yang aku saja-saja suka buat kat kost aku duduk ni. Tapi muslim hanya ada tiga orang, yang lain semuanya India.
Hah, tunggu apa lagi kak? Da'wah la depa.. Hehe
Uish. Tak semudah tu. Aku tak dapat nak bergerak seorang diri. Aku perlukan teman. Hmm, sekarang bukan tak ada teman. Ada ja. Tapi teman yang dimaksudkan aku dan yang nak dimahukan aku tidak ada. Yang bisa aku luahkan perasaan dan betapa tandusnya hati aku dengan tarbiyah sekarang ini.
Dan.... Ahad yang lalu. Kami dijemput oleh kakak-kakak senior FK & FKG ke Pantai Cermin. Lebih kepada rehlah. Rehlah bebas kata mereka. Tapi aku 'syak' dari awal dah ni macam teknik nak tarik mad'u ni. Sengaja aku tanya kak Tini ketika di sana.
"Kak, rehlah ini under BADAR ke sebenarnya? Hehe."
Kak Tini macam nak tak nak bagitau ja. Tapi aku rasa aku perlu beritahu terus terang yang aku tak nak diapproach perlahan-lahan, aku nak attend usrah terus. Kak Tini ketawa kecil.
"Hehe ya. Adik jangan beritahu siapa-siapa ya. Ni cara nak tarik adik-adik junior join usrah. Akak taknak diorang terkejut."
"Wah baguslah kak, ini cara yang bijak nak tarik mad'u. Suka suka suka."
Memang tak nampak secara jelas bahawa kakak-kakak nak tarik mereka masuk usrah tapi aku dapat rasa. Ini memang cara yang patut dipuji. Kita kenal rapat-rapat dan main-main dulu, dan pada masa yang sama kita perlaha-lahan tarik.
Tapi aku tak. Aku tak perlu kepada pengenalan sudah. Aku perlu kepada level yang lebih lagi. Sudah lama aku tak berkongsi dalam usrah. Ahhh. Kosong benar sekarang ini.
"Kak, takde ke usrah yang boleh tasha join. Tasha dah lama rasa kosong ni."
"Ada dik, hehe. Adik nak join? Wah. Boleh boleh. Selalu ada. Nanti kak bagitau adik eh."
Ahh. Nanti tu yang aku nak dengar sangat. Dah lama aku tunggu ni...
****
Pulang dari Pantai Cermin, aku sudah tahu twithandle Kak Tini, terus aku tak berlengah follow kak Tini di Twitter. Hehe. Misi tercapai. Terisi juga jiwa aku. Mengenali senior yang sehaluan. Ada Twitter, dan rajin tweet untuk makanan jiwa. Terima kasih Allah.
Semalam aku tweet perasaan aku. Aku luahkan yang aku rasa macam tak cukup ja dengan apa yang telah aku kongsikan selama ini di bumi Al-Irshad. Dan aku agak dah, Kak Tini akn perasan tweet aku. Dan aku suka hhehe.
Aku sebenarnya banyak kali terkesima dengan beberapa orang junior. Hmm. Tweet mereka tak habis-habis dengan cinta. Aku okay ja kalau sekali sekala. Ni tak. Kerap sangat dan memang tak membantu untuk subur rasa cinta aku kepada Allah & Rasul. Dan ada di antara mereka yang aku unfollow. Tweets depa menyakitkan mata aku.
Tapi aku terfikir banyak kali juga. Kenapa perlu aku buat macam tu? Bukan kah mereka ni mad'u aku? Tak perlu rasanya aku nak berputus asa dengan mereka. Padahal baru sikit sahaja. Dan acap kali juga aku terasa hati dengan mereka. Banyak kali mereka online, banyak kali aku lihat tweet mereka menjelma di timeline aku, tapi tiada siapa pun mahu tegur aku. Hmmmm. Mungkin salah aku juga sebab tak keep in touch.
Ya, aku akur. Aku expect mereka untuk sedar, tapi usaha daripada aku tidak ada. Masakan boleh ada hasilnya. Mulai hari ini aku perlu keep in touch dengan mad'u aku! YAY! Insha Allah.
Moga kita semua teguh di jalan ini. Ya, aku dan kalian. Ameen.
0 SAY WHAT!?:
Post a Comment