Stalkers. Bhahaha

Showing posts with label Luahan hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan hati. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

And I've Been Realized from My Nightmare

"Otak saya dah sembelit nak baca segala bagai ni. Tak dapat nak masuk dah. Lagi baca, lagi sembelit. :x"

"Oh.. Itu bermaksud, adik tengah galau. Jangan galau, dik. Ambil wudhu', tenangkan fikiran. Insha Allah."

***

"I've been thinking this lately. Why  can't I feel the same thing like others feel? Like you know, having boyfriend? And you know, it is a norm for us to feel love and want to be loved, right? Why I can't?"

"Dear, I know what you feel.. Tipu sangatlah kalau kita tak rasa macam nak jugak rasa yang orang lain rasa kan? Tapi kan, you told me this before. Dunia ni kan permainan. Memang temptation nak buat itu ini. And you also told me before kan, yang attachment to people leads to disappointment sebab manusia ni kan tak dapat nak memenuhi apa yang kita hasratkan melainkan Dia. Kan? You were the one who told me before. I know you're strong. I know you can face all these."

"Hmm.. Betul.. Tapi.. Jiwa manusia... Nak rasa benda-benda macam tu.. Tak dapat nak dihalang.."

"Dear, this is what you told me before. Kuatkan diri dengan tahajud. Ingat tak dulu kat Matrik dulu? How did you strengthen yourself? I really adore you, how you lead your life depending only on Him. And not to any people."

"But I feel empty nowadays. Tak da usrah nak join."

"Usrah? You were once naqibah kan. dear. Buatlah satu kalau takda. I know you can do it."

Air mata mengalir.

"But I don't feel that I am that strong. I need more. I want to be a mad'u instead of dai'e. I have lots of flaws."

"Dear, siapa ja yang tkda flaws? In fact, I have more. You were so strong dear. Believe in yourself, takkan sebab satu benda temptation tu, habis kita loose momentum untuk menjadi abid kepada Dia? Dear, teruskan apa yang you have done all this while."

Air mata mengalir lagi deras.

"Dear, we are together in this. You are my sahabat. You were there when I needed you. You remind me all of these. I am really thankful to Allah for knowing you. You don't have to be sad. Smile! = )"

"Thanks, sister. You made me realized. Hmm.. I think I've gotta go. Wanna make ablution and perform salah"

"Let's tahajud together! I love you dear! Don't forget me here okay? I will never forget you!"

"You are always in my prayer. May Allah bless us. Let's ( ':"

****

"Brother, what says you about "bercinta sebelum nikah"? Cause from what I see, people around me seem to think and act that it is okay to have a relationship before marriage. And you know, we might feel we want to.."

"Tough question, dik. But may I know kenapa macam tiba-tiba ja tanya pasal ni?"

"I don't know, maybe because I've been thinking this lately."

"Haa. Ada minat kat siapa-siapa ka ni? Hehehe"

"Hmm. Ni macam tukar topik ja dah ni -.-"

"Hehe. Jangan lah marah. Cuma bercanda aja ni."

"Hah tak pa tak pa, teruskan dengan jawapan anda. What says youuu?"

"Actually kalau dari pandangan diri sendiri , kalau nak berpacaran tu tak salah .tapi kalau dgn niat yg betul. niat yg betul tu at least ada perancangan yg lebih jauh mcm nak bertunang or kahwin dgn org yg kita suka tu . tp ada eloknya kenal hati budi masing2 dgn sebaiknya then taklah couple2 ,tp terus tunang .tp while studying especially the early years tu tak perlu lah difikirkan lg kan . sbb perjalanan tu masih panjang. at least time dekat2 nak grad ke apa ,boleh la fikirkan hal2 mcm tu . sbb obviously lepas hbs belajar tu mesti semua ada perancangan nak kahwin kan. tp apa2pun , kalau nak kenali sorang wanita/laki2 yg penting kena pandai jaga maruah diri dan batas2 pergaulan sehingga semuanya jadi halal dan sah"

***

And it feels like bam..... on your face.

Saturday, November 10, 2012

I Want to be That Cool Natasha

I think I found what kind of me that I wanna be all this time. That's it. Don't say anything as long as I don't cross the boundaries. If I do so, please kindly say something to me. It's time for me to please myself instead of you. 

Thank you.

Tuesday, October 23, 2012

"Menjadi Daie itu Perlu Kreatif"

Belakangan ini banyak kali sebenarnya aku rasa aku menjadi teruk. Teruk dari hari ke hari. Aku rasa aku tak layak nak menjadi daie. Dan lebih layak untuk menjadi mad'u sebenarnya. Ya, dan apabila jadi mad'u itu lebih kepada mad'u yang keras kepala. Tak mahu berubah selagi belum ada bukti yang kukuh, begitu, mungkin.

Aku datang-datang sini, first sekali yang terlintas, lebih kuranglah, aku nak cari port usrah. Mana yang patut aku nak membina diri aku. Aku cuba. Dan alhamdulillah PKPMI ada wujudkan BADAR. Dan di bawah BADAR ada usrah. Syukur aku dengar, dan aku telah mula langkah dengan beranikan diri sembang-sembang dengan orang kuat BADAR. Kak Afiqah, Kak Dini dan lain-lain.

Bersyukur Allah ketemukan mereka dengan aku. Eh, aku dengan mereka. Ah sama saja kan. Hmm. Tapi setakat ni, aku belum attend mana-mana usrah melainkan yang aku saja-saja suka buat kat kost aku duduk ni. Tapi muslim hanya ada tiga orang, yang lain semuanya India.

Hah, tunggu apa lagi kak? Da'wah la depa.. Hehe
Uish. Tak semudah tu. Aku tak dapat nak bergerak seorang diri. Aku perlukan teman. Hmm, sekarang bukan tak ada teman. Ada ja. Tapi teman yang dimaksudkan aku dan yang nak dimahukan aku tidak ada. Yang bisa aku luahkan perasaan dan betapa tandusnya hati aku dengan tarbiyah sekarang ini. 

Dan.... Ahad yang lalu. Kami dijemput oleh kakak-kakak senior FK & FKG ke Pantai Cermin. Lebih kepada rehlah. Rehlah bebas kata mereka. Tapi aku 'syak' dari awal dah ni macam teknik nak tarik mad'u ni. Sengaja aku tanya kak Tini ketika di sana. 

"Kak, rehlah ini under BADAR ke sebenarnya? Hehe."
Kak Tini macam nak tak nak bagitau ja. Tapi aku rasa aku perlu beritahu terus terang yang aku tak nak diapproach perlahan-lahan, aku nak attend usrah terus. Kak Tini ketawa kecil. 

"Hehe ya. Adik jangan beritahu siapa-siapa ya. Ni cara nak tarik adik-adik junior join usrah. Akak taknak diorang terkejut."
"Wah baguslah kak, ini cara yang bijak nak tarik mad'u. Suka suka suka."
Memang tak nampak secara jelas bahawa kakak-kakak nak tarik mereka masuk usrah tapi aku dapat rasa. Ini memang cara yang patut dipuji. Kita kenal rapat-rapat dan main-main dulu, dan pada masa yang sama kita perlaha-lahan tarik.

Tapi aku tak. Aku tak perlu kepada pengenalan sudah. Aku perlu kepada level yang lebih lagi. Sudah lama aku tak berkongsi dalam usrah. Ahhh. Kosong benar sekarang ini. 

"Kak, takde ke usrah yang boleh tasha join. Tasha dah lama rasa kosong ni."
"Ada dik, hehe. Adik nak join? Wah. Boleh boleh. Selalu ada. Nanti kak bagitau adik eh."
Ahh. Nanti tu yang aku nak dengar sangat. Dah lama aku tunggu ni...  
****
Pulang dari Pantai Cermin, aku sudah tahu twithandle Kak Tini, terus aku tak berlengah follow kak Tini di Twitter. Hehe. Misi tercapai. Terisi juga jiwa aku. Mengenali senior yang sehaluan. Ada Twitter, dan rajin tweet untuk makanan jiwa. Terima kasih Allah.

Semalam aku tweet perasaan aku. Aku luahkan yang aku rasa macam tak cukup ja dengan apa yang telah aku kongsikan selama ini di bumi Al-Irshad. Dan aku agak dah, Kak Tini akn perasan tweet aku. Dan aku suka hhehe. 


Aku sebenarnya banyak kali terkesima dengan beberapa orang junior. Hmm. Tweet mereka tak habis-habis dengan cinta. Aku okay ja kalau sekali sekala. Ni tak. Kerap sangat dan memang tak membantu untuk subur rasa cinta aku kepada Allah & Rasul. Dan ada di antara mereka yang aku unfollow. Tweets depa menyakitkan mata aku.

Tapi aku terfikir banyak kali juga. Kenapa perlu aku buat macam tu? Bukan kah mereka ni mad'u aku? Tak perlu rasanya aku nak berputus asa dengan mereka. Padahal baru sikit sahaja. Dan acap kali juga aku terasa hati dengan mereka. Banyak kali mereka online, banyak kali aku lihat tweet mereka menjelma di timeline aku, tapi tiada siapa pun mahu tegur aku. Hmmmm. Mungkin salah aku juga sebab tak keep in touch. 




Ya, aku akur. Aku expect mereka untuk sedar, tapi usaha daripada aku tidak ada. Masakan boleh ada hasilnya. Mulai hari ini aku perlu keep in touch dengan mad'u aku! YAY! Insha Allah.

Moga kita semua teguh di jalan ini. Ya, aku dan kalian. Ameen.