Stalkers. Bhahaha

Showing posts with label Osem. Show all posts
Showing posts with label Osem. Show all posts

Friday, January 4, 2013

It is Funny How Fast Everything Changes

Kan? Like all of sudden dah 2013. Like all of sudden I am turning to 20. Like all of sudden I am at my last block for my 1st semester. My first year here is already half-way spent. And all of sudden I feel old and grown up and  I miss a lot of things that happened around me before. 

We are so busy everyday doing our business till a week passes by so fast. And sometimes, a week can even be felt like a day! This is just funny I dont know why. Every day we keep doing our routine such as solat, go to class, eat, listen to the lecturers talking (sampai kekadang tak paham), updating ourselves with current news thru Facebook, Twitter and online news yadda yadda. But.. Still, we still miss out lots of things! We lost contact with our primary, secondary and college friends. Konon-konon keep in touch forever, then tup tup dah setahun tak contact one another. Then, tak tahu dah jadi apa kat kawan kita tu, lalu terputus macam tu ja hubungan. Haha. Lawak. Then both sides don't make any effort to restart and taaruf. Eventually, both become strangers. Sad thing yet it is real! 

This thing happened to me as well. When I was back then in Penang for my Xmas' Holidays, I went to the market nearby with my mum. When I was walking, tengok2 barang (biasalah, you know like what people usually do at the market lol), jeng jeng.... I bumped into my old friend! Haha, it had been a looooooong time since I met her. And I was like, " Adila Rozali? Eh?" She was like, " Tashaaa!!!! Wey lama tak jumpak hang." Padahal dekat Facebook "friends" and dua dua ada Whatsapp which means both of us ada contact number lah but haha tak contact2.

(((apa sebenarnya tujuan utama hang buat post ni)))

Oh haha, ya ya aku dengaq omelan hampa semua tu. Hehe. Cuba fikir, cepatkan masa berlalu? Dan cuba fikirkan dengan bertambahnya umur dan berlalunya waktu, adakah amalan kita pun bertambah jugak? Aihh, bukan nak jadi malaikat ka apa ka, tapi think this, we live on this world with some purposes. Lots of purposes yet sometimes we still tend to be bored and tak tahwan dengan apa yang nak buat bila bosan. Padahal banyak lagi benda yang boleh kita buat, kan? Cuba list semua benda tu. Listkan dan cuba usaha sedaya upaya untuk memastikan segala benda yang ada dekat list tu dapat ditanda dalam jangka waktu yang kita rasa kita mampu.

Tak perlu lah aku nak list-kan benda apa yang aku cuba maksudkan kat sini, tapi memandangkan aku rasa macam hampa semua expect aku bagi, okay fine, mai la aku tolong buat senarai. Ehehe. Ada ka orang pun aku taktahu lah kan.

1. Finish some amounts of novels, articles etc in a week. Eg, 2 English articles per week. Or, 2 novels per month.
2. Try to memorize Al-Quran. Eg, right after Maghrib or Isya'. Take a bit of your 24 hours to sit down and memorize 3 ayaat at least per day.
3. Make sure yourselves smile to people around you. Pick some of your friends and smile. Haha macam retarded. But yeah, benda ni sebagai batu loncatan lah kan. 
4. Try to say good things to people around. Eg, cakap "Uhibbuki fillah" kat senior atau kawan-kawan serumah, atau kepada insan yang anda jumpa di atas bas. Eh. Macam melampau. K.
5. Sapu sampah dan mop bilik. Pokoknya, pastikan bilik kemas lah hari-hari. 
6. Ensure yourselves to be always motivated. Eg, post some quotes on your wall that can trigger your emotion to be better day by day. Atau pakai maffler Palestine setiap kali nak belajar. Hoho, jihad fi sabilillah!
7. Say I LOVE YOU to parents!
8. Renew your intentions by reminding yourself of why are you here?
9. Try to keep in touch with your friends. Eg, greet them in a brief kat FB, Twitter. Contoh macam , "HI!", and yada yada.

Okay aku dah run out nak senarai apa dan apa dah ni. Hehe. Teruk kan? But yeah, instead of we get busy dengan business kita iaitu nak menghabiskan degree bagai, apa kata kita take time and chill. Jangan asyik tidur ja bila dapat cuti. (haih, bam on my face) 

But yeah! Let's change for better! Insha Allah! (:

Rightio, salam alaik.. Tu ja yang aku nak kongsi. Hehe. Pembukaan pun tak bagi salam, mai tang pengakhiran pun macam tergantung ja. Cause Im cool liddat. Eceh.

P/S- cakap pasal 2013 ni, maknanya dah masuk tahun keempat aku terlibat dalam dunia blog lah kan. Lulz gila. Kalau buat nuffnang ni agak-agak income aku dah berapa lah ye. Loser baq hang, aku sumpah noob nak buat nuffnang ni. K. 

P/S/S- Bila baca post aku yang dulu -dulu, rasa macam, lahai, aku ka yang tulis tu. ._. Adakalanya cara aku blog tu sangat memalukan dan tak matang. Kehkeh, Krisis identiti ka macam mana, habaq mai sat. Tapi bukan lah nak kata, aku lebih selesa dengan diri aku sekarang ni. 

Tuesday, October 23, 2012

"Menjadi Daie itu Perlu Kreatif"

Belakangan ini banyak kali sebenarnya aku rasa aku menjadi teruk. Teruk dari hari ke hari. Aku rasa aku tak layak nak menjadi daie. Dan lebih layak untuk menjadi mad'u sebenarnya. Ya, dan apabila jadi mad'u itu lebih kepada mad'u yang keras kepala. Tak mahu berubah selagi belum ada bukti yang kukuh, begitu, mungkin.

Aku datang-datang sini, first sekali yang terlintas, lebih kuranglah, aku nak cari port usrah. Mana yang patut aku nak membina diri aku. Aku cuba. Dan alhamdulillah PKPMI ada wujudkan BADAR. Dan di bawah BADAR ada usrah. Syukur aku dengar, dan aku telah mula langkah dengan beranikan diri sembang-sembang dengan orang kuat BADAR. Kak Afiqah, Kak Dini dan lain-lain.

Bersyukur Allah ketemukan mereka dengan aku. Eh, aku dengan mereka. Ah sama saja kan. Hmm. Tapi setakat ni, aku belum attend mana-mana usrah melainkan yang aku saja-saja suka buat kat kost aku duduk ni. Tapi muslim hanya ada tiga orang, yang lain semuanya India.

Hah, tunggu apa lagi kak? Da'wah la depa.. Hehe
Uish. Tak semudah tu. Aku tak dapat nak bergerak seorang diri. Aku perlukan teman. Hmm, sekarang bukan tak ada teman. Ada ja. Tapi teman yang dimaksudkan aku dan yang nak dimahukan aku tidak ada. Yang bisa aku luahkan perasaan dan betapa tandusnya hati aku dengan tarbiyah sekarang ini. 

Dan.... Ahad yang lalu. Kami dijemput oleh kakak-kakak senior FK & FKG ke Pantai Cermin. Lebih kepada rehlah. Rehlah bebas kata mereka. Tapi aku 'syak' dari awal dah ni macam teknik nak tarik mad'u ni. Sengaja aku tanya kak Tini ketika di sana. 

"Kak, rehlah ini under BADAR ke sebenarnya? Hehe."
Kak Tini macam nak tak nak bagitau ja. Tapi aku rasa aku perlu beritahu terus terang yang aku tak nak diapproach perlahan-lahan, aku nak attend usrah terus. Kak Tini ketawa kecil. 

"Hehe ya. Adik jangan beritahu siapa-siapa ya. Ni cara nak tarik adik-adik junior join usrah. Akak taknak diorang terkejut."
"Wah baguslah kak, ini cara yang bijak nak tarik mad'u. Suka suka suka."
Memang tak nampak secara jelas bahawa kakak-kakak nak tarik mereka masuk usrah tapi aku dapat rasa. Ini memang cara yang patut dipuji. Kita kenal rapat-rapat dan main-main dulu, dan pada masa yang sama kita perlaha-lahan tarik.

Tapi aku tak. Aku tak perlu kepada pengenalan sudah. Aku perlu kepada level yang lebih lagi. Sudah lama aku tak berkongsi dalam usrah. Ahhh. Kosong benar sekarang ini. 

"Kak, takde ke usrah yang boleh tasha join. Tasha dah lama rasa kosong ni."
"Ada dik, hehe. Adik nak join? Wah. Boleh boleh. Selalu ada. Nanti kak bagitau adik eh."
Ahh. Nanti tu yang aku nak dengar sangat. Dah lama aku tunggu ni...  
****
Pulang dari Pantai Cermin, aku sudah tahu twithandle Kak Tini, terus aku tak berlengah follow kak Tini di Twitter. Hehe. Misi tercapai. Terisi juga jiwa aku. Mengenali senior yang sehaluan. Ada Twitter, dan rajin tweet untuk makanan jiwa. Terima kasih Allah.

Semalam aku tweet perasaan aku. Aku luahkan yang aku rasa macam tak cukup ja dengan apa yang telah aku kongsikan selama ini di bumi Al-Irshad. Dan aku agak dah, Kak Tini akn perasan tweet aku. Dan aku suka hhehe. 


Aku sebenarnya banyak kali terkesima dengan beberapa orang junior. Hmm. Tweet mereka tak habis-habis dengan cinta. Aku okay ja kalau sekali sekala. Ni tak. Kerap sangat dan memang tak membantu untuk subur rasa cinta aku kepada Allah & Rasul. Dan ada di antara mereka yang aku unfollow. Tweets depa menyakitkan mata aku.

Tapi aku terfikir banyak kali juga. Kenapa perlu aku buat macam tu? Bukan kah mereka ni mad'u aku? Tak perlu rasanya aku nak berputus asa dengan mereka. Padahal baru sikit sahaja. Dan acap kali juga aku terasa hati dengan mereka. Banyak kali mereka online, banyak kali aku lihat tweet mereka menjelma di timeline aku, tapi tiada siapa pun mahu tegur aku. Hmmmm. Mungkin salah aku juga sebab tak keep in touch. 




Ya, aku akur. Aku expect mereka untuk sedar, tapi usaha daripada aku tidak ada. Masakan boleh ada hasilnya. Mulai hari ini aku perlu keep in touch dengan mad'u aku! YAY! Insha Allah.

Moga kita semua teguh di jalan ini. Ya, aku dan kalian. Ameen.